Saturday, May 23, 2009

Nilai dan etika guru dalam perkhidmatan awam

Penghayatan Nilai dan Etika
• Beberapa dasar/pekelilingan dikeluarkan agar nilai dan etika perkhidmatan awam dihayati, contoh:
– Teras Perkhidmatan Awam
– Tonggak 12 Perkhidmatan Awam
– Dasar Pandang ke Timur
– Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran
– Kepimpinan melalui teladan
– Gerakan Budaya Kerja Cemerlang
– Pengurusan Kualiti dan Anugerah Kualiti
– Konsep Perkhidmatan Cemerlang

Tujuan Nilai dan Etika PA
• Meninggikan mutu perkhidmatan awam
• Memelihara kepercayaan awam
• Memupuk tanggungjawab bersama
• Mewujudkan suasana sihat dan cekap
• Mengeratkan hubungan sesama kakitangan

Membentuk sikap dan pembawaan yang bersesuaian dengan Rukun Negara
Sebab Nilai/Etika PA perlu
• Permintaan perkhidmatan awam meningkat
• Curiga atas kemampuan perkhidmatan awam
• Azam kerajaan untuk meningkatkan imej dan mutu perkhidmatan awam
• Faktor lain (persaingan globalisasi, ancaman keselamatan, kemerosotan ekonomi, gejala sosial, dll.)

Kepentingan Nilai/Etika PA
• Menentukan arah dan memberi makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkahlaku bagi memenuhi tanggungjawab/amanah
• Memberi penyatuan dan penyelarasan di antara anggota perkhidmatan awam sebagai institusi utama pembangunan tamadun
• Merupakan standard bagi mendorong anggota dengan ikhlas dan berkesan

Definisi Nilai
• Pegangan yang mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak
• Rangka tanggapan yang membentuk dan mempengaruhi tingkahlaku
• Nilai boleh dikategorikan berasaskan agama, budaya, etika dan juga moral

Nilai Murni dalam PA
• Adil dalam perlantikan
• Amanah dalam menjalankan tugas
• Bertanggungjawab dalam memberi khidmat
• Ikhlas dalam perkhidmatan awam
• Dedikasi dalam perkhidmatan awam
• Tekun dalam perkhidmatan awam
• Berdisplin dalam perkhidmatan awam

Definisi Etika
• Ilmu berkaitan dengan dasar-dasar akhlak atau moral
• Sistem dasar-dasar akhlak, hukuman-hukuman, tingkahlaku atau kelakuan
• Sistem dasar-dasar akhlak atau tingkahlaku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi

Etika dalam Pentadbiran
• Kejujuran (Honesty)
• Keadilan (Justice)
• Kebenaran (Veracity)
• Keberanian (Courage)
• Kesopanan (Politeness)
• Kemaafan (Forgiveness)
• Kesabaran (Patience)
• Ketenteraman (Peacefulness)
• Mudah didampingi (Accessibility)
• Simpati (Sympathy)

Etika Perkhidmatan Awam (1979) Teras Perkhidmatan Awam (Perkhidmatan Cemerlang)
Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap pentingkan diri
Berkhidmat dengan muhibbah/kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Bersama membenteras kelemahan/musuh
Berpegang teguh kepada ajaran agama

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
• Tingkatkan kemahiran menerusi latihan, pembacaan, menghadiri seminar/bengkel
• Sendiri mengatasi kelemahan diri
• Menyumbang kepada meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan
• Memupuk sikap kreatif dalam kerja
• Mencari pembaharuan/pemodenan dalam sistem kerja dan pengurusan

Bekerja dengan penuh tanggungjawab
• Menghayati spesifikasi kerja
• Sumbangan tenaga yang lebih
• Mencapai tingkat semaksima yang boleh
• Menepati janji dalam bertugas/ikrar
• Memecahkan masalah tanpa arahan
• Menyelesaikan masalah dengan cepat
• Menghadapi tugas harian dengan dedikasi

Berusaha mengikis sikap pentingkan diri
• Tindakan selaras dengan cita-cita negara
• Bukan untuk keuntungan sendiri
• Hapuskan sifat sombong/bongkak
• Gunakan kuasa dan wang dengan saksama dan cermat
• Berkomunikasi dengan berkesan
• Beri peluang bertanya

Berkhidmat dengan memupuk muhibbah dan kemesraan
• Hayati keperluan masyarakat berbilang kaum dan budaya
• Sifat muhibbah tidak terhad di pejabat
• Mengawal perasaan
• Sabar, bertimbang rasa, selalu senyum, beri layanan mesra tanpa pilih kasih
• Cekal hadapi cabaran

Memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara
• Membimbing rakyat di mana sesuai
• Menyedarkan rakyat tentang pembangunan
• Meninggikan taraf hidup rakyat
• Memahami dasar-dasar kerajaan
• Melibatkan rakyat dalam aktiviti pembangunan
• Melibatkan diri dalam kerja sukarela
Bersama membenteras musuh dan kelemahan Negara
• Bersih daripada penyelewengan/korupsi
• Bersama membenteras
– Kemiskinan
– Kejahilan
– Subversif
– Pelampau
– Dadah, dll.
• Memupuk permuafakatan dan persefahaman
Berpegang teguh kepada ajaran agama
• Yang berpegang teguh kepada agama tidak terlibat dalam
– Jenayah
– Korupsi
– Dadah, dll.
• Mempunyai nilai dan etika murni
• Tidak terpengaruhi dengan ideologi musuh

No comments:

Post a Comment