PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
Pendahuluan
Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.
PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
1. Membina negara bangsa
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia
adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau
tempatan.
Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan.
Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah :
Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan.
Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.
Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.
Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.
Bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat agar menghormati Perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti kokurikulum dan menanam semangat hormat-menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, memberi kefahaman menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional turut dititikberatkan.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut menyusun program bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya melalui kurikulum kesenian, membina sekolah seni, meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) serta membudayakan penggunaan tulisan jawi. Bagi memupuk kefahaman yang jelas tentang pendekatan Islam Hadhari, pelbagai aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah, seminar dan penerbitan bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari akan dilaksanakan.
2. Membangunkan modal insan
Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.
Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, fokus pembangunan modal insan
sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah :
Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan Pelajar.
KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca. Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan. Bagi menjayakan Program Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer, televisyen dan cakera video digital (DVD). Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik minat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik.
Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan.
Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan memperbanyakkan aktiviti literasi dan secara langsung akan dipergiatkan. MPV akan diperluas di sekolah-sekolah selain memastikan pelajar menguasai kemahiran ICT. Bagi membina penampilan diri yang positif, aktiviti bina diri seperti kerja berpasukan dan pembinaan karakter akan diperbanyakkan. Ceramah, seminar, motivasi dan bengkel berunsur pembangunan insan akan ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti di rumah orang tua dan anak yatim juga akan diperbanyakkan. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) turut diberi keutamaan. Program Amalan Kebersihan Sekolah turut dimantapkan sepanjang RMK-9.
Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistic. KPM akan mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga akan dikurangkan bagi mata pelajaran tertentu. Sistem penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard negara lain.
Memantapkan program kokurikulum dan sukan.
Budaya bersukan dan kokurikulum akan diterapkan kepada pelajar dengan menyediakan kemudahan serta peralatan sukan yang mencukupi di semua sekolah tidak kira lokasinya. KPM akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melaksanakan program pembangunan sukan lebih menyeluruh di samping mengenal pasti sekolah yang dapat dijadikan Pusat Sukan Daerah dan Negeri. Bagi meningkatkan semangat patriotik, Rukun Negara akan dipelajari dan dihayati dari peringkat awal persekolahan. Penubuhan Kelab Rukun Negara akan dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah.
Memperkukuh disiplin pelajar
Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen melibatkan penglibatan ibu bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Kempen Pencegahan Salah Laku akan di perhebatkan. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 2005 akan dilaksanakan di sekolah rendah secara berperingkat dengan menerapkannya ke dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin dengan mempelbagaikan saluran aduan terus
Saluran aduan terus akan dipelbagaikan termasuk talian terus, e-mail, faks dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Memantapkan kurikulum
Pelaksanaan j-QAF kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada bukan Islam akan diperluaskan. Selain itu, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan diperluas pelaksanaannya ke Tahap Dua sekolah rendah dan sekolah menengah.
Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi
Ini akan dilakukan dengan menjalankan pelbagai aktiviti bagi membangunkan modal insan.
3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah. Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan.
Ciri-ciri SK perkasa ialah :
Infrastruktur lengkap dan berkualiti.
Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M.
Beraspirasi nasional.
Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Pencapaian akademik cemerlang.
Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.
Iklim dan budaya sekolah yang sihat.
Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.
Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.
Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.
4. Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar
PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak. KPM turut memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja. Ini akan mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru luar bandar. Beberapa langkah telah dikenal pasti untuk meningkatkan penyertaan Orang Asli dan minoriti iaitu meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira).
5. Memartabatkan profesion perguruan
Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusi pengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpa sebarang pengecualian. KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal bagi memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Ia akan memberi fokus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System.
Guru tugas-tugas khas bakal menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010 dilaksanakan sepenuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti mewujudkan laluan pantas untuk kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi akan dilaksanakan, kemudahan tempat tinggal di kawasan pedalaman dan bandar besar akan disediakan dan menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.
6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing. Hal ini kerana pada masa ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Institusi-institusi model yang dapat dijadikan contoh akan dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase di peringkat antarabangsa.
Ia bertujuan untuk membuktikan keupayaan sistem pendidikan negara di samping membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Dalam pada itu, sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen berikut :
Elemen utama (pencapaian purata, kokurikulum).
Elemen sokongan (pengurusan dan pentadbiran sekolah, ketrampilan guru, pengurusan kewangan yang cekap, penglibatan ibu bapa dan masyarakat).
Kesimpulan
Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya. Negara perlu melahirkan lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur kerana mereka merupakan golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa kebaikan kepada negara.
Sumber maklumat :
Kementerian Pendidikan Malaysia
Lampiran
Ringkasan Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
Membina negara bangsa
Memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.
Membangunkan modal insan
Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Menambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.
Merapatkan jurang pendidikan
Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.
Memartabatkan profesion keguruan
Menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.
Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
Memilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah
kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.
....
Showing posts with label PTK44 Umum. Show all posts
Showing posts with label PTK44 Umum. Show all posts
Monday, May 25, 2009
Sunday, May 24, 2009
Dasar Penerapan Nilai Murni
Latarbelakang
Di dalam Perlembagaan Malaysia, Islam ialah agama rasmi Negara dan hak mengendalikan hal ehwal Islam diberikan kepada Raja-raja dan Kerajaan-kerajaan Negeri. Sungguhpun demikian, penganut-penganut agama lain adalah bebas mengamalkan agama masing-masing. Penglibatan Raja-raja, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam bidang ini bermula sebelum merdeka lagi. Antara aktiviti dan program penting yang dikelolakan oleh mereka termasuklah sistem sekolah agama, sistem undang-undang mahkamah syariah, pembinaan surau dan masjid,
pungutan dan pengurusan zakat fitrah dan Baitulmal. Dalam tahun-tahun awal selepas kemerdekaan, aktiviti dan program ini telah dipergiat dan ditambah pula dengan perkara-perkara baru, antaranya termasuklah tilawah Al-Quran yang telah mengharumkan nama negara di kalangan negara-negara Islam. Sementara langkah-langkah ini sedang dikelolakan, dunia Islam sejagat telah bangun semula, didorong oleh satu kesedaran baru tentang kemurnian Islam dan peranan yang boleh dan patut dimainkannya dalam hal ehwal negara dan peribadi. Kesedaran baru ini, yang menjadi ketara dalam dekad tujuh puluhan, juga dirasai di Malaysia. Dalam keadaan ini, Kerajaan Persekutuan sendiri telah terdorong untuk meluas dan mengukuhkan programnya mengenai hal ehwal Islam. Sehubungan dengan ini, usaha-usaha baru telah diambil, antaranya termasuklah penubuhan sekolah-sekolah menengah agama berasrama penuh, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, Syarikat Insurans Islam dan pengukuhan Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Selaras dengan usaha-usaha ini, satu lagi usaha yang dipanggil 'Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran' telah diperkenalkan pada tahun 1985.

Rasional
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah sebahagian daripada pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Rasional Kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai khususnya nilai-nilai Islam ialah: "Dalam usaha untuk memelihara maruah Warganegara Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu identiti yang kukuh. Dalam konteks ini, unsur yang terpenting sekali dalam pembentukan identiti Warganegara Malaysia ialah nilai. Ia merupakan satu faktor utama yang boleh memastikan kelahiran sesebuah masyarakat yang disegani. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai nilai kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi mangsa kepada bangsa lain yang sentiasa berusaha mengembangkan nilai-nilainya dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai bangsa yang tidak mempunyai nilai-nilai yang kukuh." Bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum dan agama dan menjalani cara hidup yang berbeza-beza, pengamalan nilai-nilai yang dapat diterima oleh semua rakyat adalah menjadi asas penting dalam usaha ke arah membentuk identiti dan perpaduan. Tanpa nilai yang universal ini rakyat akan terdorong untuk menerima dan menyanjung nilai-nilai lain yang sangat asing bagi masyarakat Malaysia. Ini akan menyebabkan kesetiaan rakyat Malaysia serta identitinya sebagai satu warganegara akan menjadi kabur dan maruah bangsa tidak dijunjung tinggi dan mungkin mereka akan memperkecil-kecilkan negara dan bangsa sendiri. Dengan itu rakyat Malaysia haruslah mempunyai identitinya sendiri dengan setiap individu, organisasi dan semua sektor yang melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja yang boleh memberikan sumbangan kepada kesejahteraan negara. Urusan-urusan yang dijalankan dengan penuh rapi, teliti, amanah dan rasa bertanggungJawab boleh membawa kepada pembentukan identiti yang diperlukan oleh sesebuah negara seperti Malaysia ini. Tanpa penerimaan nilai-nilai hidup yang mulia tidak mungkin identiti yang membanggakan dapat dicapai.
Sebagaimana yang sedia dimaklumi 'identiti' tidak boleh pisahkan daripada nilai. Persoalannya ialah; "Apakah nilai yang boleh digunakan bagi mengukuhkan sesuatu identiti?" Ramai yang berpendapat masalah nilai lebih sesuai diserahkan kepada individu-individu dan komuniti-komuniti yang berkenaan untuk menentukannya. Tetapi ini tidak akan menyelesaikan masalah, malah ia akan berakhir dengan kekeliruan yang berterusan di dalam masyarakat. Oleh itu adalah sangat wajar sekiranya dijelaskan secara langsung nilai yang perlu diterima dan diterapkan dalam masyarakat. Bagi masyarakat Malaysia adalah tepat sekiranya nilai itu diasaskan kepada kehendak dan pengajaran Islam bagi membentuk sebuah negara yang produktif dan bermoral tinggi. Mungkin pada awalnya ia akan dipersoalkan menerusi kacamata agama atau budaya lain kerana memilih nilai yang diasaskan kepada satu agama sahaja. Tetapi dengan merenung kembali dan memahami negara Malaysia itu sendiri, setiap rakyat akan mendapati dan menyedari bahawa langkah untuk memilih nilai Islam itu adalah langkah yang wajar. Sebaliknya pula mereka yang tidak memahami tentang kedudukan Negara Malaysia dari
segi geografi, sejarah, kebudayaan, perlembagaan dan lain-lainnya akan terus mempertikaikan perkara ini. Walau bagaimanapun, setelah melihat secara objektif, maka tidak akan ada satu sebab pun untuk menolak bahawa nilai yang berasaskan kepada agama Islam itu ialah yang paling sesuai untuk membangunkan masyarakat Malaysia umumnya. Nilai-nilai Islam itu boleh menjadi penggerak ke arah membanteras unsur-unsur keburukan yang menjadi musuh utama negara ini seperti fahaman komunis, kemiskinan, rasuah, kecuaian, kejahilan, penyelewengan dan sebagainya yang sentiasa mengancam usaha-usaha perpaduan rakyat dan pembangunan negara.
Al-Quran juga telah menamakan agama Islam sebagai agama yang bernilai. Penamaan ini memberikan keyakinan kepada semua orang bahawa kandungan yang terdapat di dalam kitab suci Al-Quran itu adalah merupakan nilai-nilai yang mulia kerana ia merupakan bimbingan-bimbingan (hidayah) yang datang daripada Allah s.w.t. dan ditujukan kepada semua manusia, bukan sahaja kepada yang beragama Islam. Di antara bimbingan-bimbingan yang terpenting ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan moral (akhlak). Ini bererti bahawa apa yang dimaksudkan dengan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran ialah bimbingan pembentukan akhlak yang berfaedah dan berfungsi dalam kehidupan setiap rakyat menuju ke arah ketinggian maruah di samping menanam nilai-nilai yang murni dan membina ke dalam sistem pentadbiran negara.
Pemilihan pentadbiran negara sebagai komponen yang pertama dalam penerapan nilai-nilai Islam adalah antara lain berasaskan tanggungjawab Kerajaan memastikan kelicinan jentera pentadbiran Kerajaan yang merupakan saluran terpenting dalam pelaksanaan sesuatu dasar. Kejayaan rancangan-rancangan yang diatur oleh Kerajaan sebahagian besarnya bergantung kepada penjawat-penjawat dalam perkhidmatan awam. Penghayatan nilai-nilai Islam oleh mereka akan menjamin kelancaran dan kecekapan jentera Kerajaan yang besar dan menghindarkan perbuatan rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Bagi menjayakan pentadbiran Kerajaan, nilai-nilai Islam yang diutamakan boleh diamalkan oleh semua rakyat Malaysia, sama ada mereka Islam atau bukan Islam. Menurut YAB. Perdana Menteri, nilai-nilai yang diutamakan untuk pentadbiran yang boleh diterima oleh orang Islam dan bukan Islam ialah amanah kejujuran, tanggungjawab, rajin, ikhlas, tertib, disiplin, mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri, sanggup berkorban, tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral dan berkelakuan baik dan lain-lain.
Objektif
Objektif dasar ini adalah seperti berikut:
(i) Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah,
beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain;
(ii) Menubuhkan sebuah 'negara bahagia';
(iii)Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas
yang dipertanggungjawabkan; dan
(iv) Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Berdasarkan kepada objektif-objektif ini adalah jelas bahawa dasar ini bukannya bertujuan mengislamisasikan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, tetapi sebenarnya memupuk amalan nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain juga menitikberatkan amalan nilai-nilai seperti ini.
Nilai-nilai Islam
Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah:
Amanah;
Tanggungjawab;
Ikhlas;
Dedikasi;
Sederhana;
Tekun;
Bersih;
Berdisiplin;
Bekerjasama;
Berbudi Mulia; dan
Bersyukur.
Sebelas nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur yang boleh diterima sebagai kunci kepada kejayaan dalam menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam pentadbiran sesebuah negara.
Bagaimanakah nilai-nilai Islam ini boleh dihayati?
Berikut ialah takrif/pandangan mengenai sikap dan budaya kerja berdasarkan nilai-nilai Islam yang ingin diterapkan ke dalam pentadbiran awam.
Amanah
(i) Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya;
(ii) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan;.
(iii)Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas;
(iv) Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja; dan
(v) Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan.

Tanggungjawab
(i) Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan;
(ii) Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur,
(iii)Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan;
(iv) Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/instutusi/awam dalam menjalankan tugas; dan
(v) Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.

Ikhlas
(i) Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dari manusia;
(ii) Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaannya; dan
(iii)Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.
Dedikasi
(i) Kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah peraturan-peraturan yang ada;
(ii) Komited kepada sebarang perubahan yang positif dan kepada kebaikan;
(iii)Sedia mengubah sikap demi kebaikan bersama dan tugas;
(iv) Sedia memulakan pembaikan; dan
(v) Berinisiatif dan proaktif dalam melaksanakan tugas harian.

Sederhana
(i) Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugas;
(ii) Keseimbangan dalam membuat keputusan dengan mengambil kira fakta-fakta yang terdapat dalam alam sekitar;
(iii)Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja;
(iv) Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-pihak yang berharap kepadanya;dan
(v) Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang.

Tekun
(i) Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan.
(ii) Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.
(iii)Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja.
(iv) Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-pihak yang berharap kepadanya.
(v) Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang.
(ii) Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.
(iii)Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja.
(iv) Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-pihak yang berharap kepadanya.
(v) Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang.
Bersih
(i) Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian;
(ii) Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup;
(iii)Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas;
(iv) Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan;
(v) Berkhidmat demi kebajikan semata-mata; dan
(vi) Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.

Berdisiplin
(i) Mengetahui priority dan mengutamakan yang lebih utama;
(ii) Menilai tinggi masa dan janji;
(iii)Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang; dan
(iv) Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.
(ii) Menilai tinggi masa dan janji;
(iii)Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang; dan
(iv) Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.
Bekerjasama
(i) Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja;
(ii) Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama;
(iii)Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di tempat kerja daripada kepentingan peribadi;
(iv) Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama; dan
(v) Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi - mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.

Berbudi Mulia
(i) Bermanis muka sepanjang masa;
(ii) Bertimbang rasa dan bertolak-ansur;
(iii)Menghormati rakan sejawat dan pelanggan/pelawat; dan
(iv) Sentiasa memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk menolong pelanggan/pelawat.
(ii) Bertimbang rasa dan bertolak-ansur;
(iii)Menghormati rakan sejawat dan pelanggan/pelawat; dan
(iv) Sentiasa memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk menolong pelanggan/pelawat.
Bersyukur
(i) Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat;
(ii) Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga menggerakkan untuk lebih berusaha gigih;
(iii)Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian);
(iv) Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat;
(v) Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia;
(vi) Berkhidmat sebagai ibadah; dan
(vii)Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang banyak kepada masyarkat, negara dan agama.

Penghayatan terhadap nilai-nilai akhlak yang murni dan membina itu akan memudahkan usaha-usaha untuk memajukan berbagai-bagai bidang yang diperlukan oleh sesebuah negara seperti kesihatan, pendidikan, ekonomi, pembangunan, undang-undang dan sebagainya.
Strategi Pelaksanaan
Strategi utama bagi mencapai objektif-objektif dasar ini adalah seperti berikut:
(i) Sebagai permulaan dasar ini adalah ditumpukan kepada anggota perkhidmatan awam.
Pemilihan ini bukanlah bererti bahawa Kerajaan mengenepikan pihak-pihak yang lain, malah membuktikan kesedaran pemimpin negara ini bahawa perkhidmatan awam sebagai jentera yang melaksanakan pelbagai program dan projek bagi faedah rakyat dan negara perlu meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa sejajar dengan harapan rakyat dan negara; dan Islam mengakui betapa pentingnya pentadbiran oleh sebab sebarang reformasi dalam sesebuah masyarakat tidak akan terlaksana sekiranya jentera pentadbiran tidak dikemaskinikan serta dibentukkan berdasarkan nilai-nilai yang positif. Kejayaan bagi sesebuah
masyarakat akan dapat dilihat apabila jentera pentadbirannya baik dan mampu bertindak terhadap keburukan dan kelemahan yang ada di dalamnya;
masyarakat akan dapat dilihat apabila jentera pentadbirannya baik dan mampu bertindak terhadap keburukan dan kelemahan yang ada di dalamnya;
(ii) Usaha untuk menerapkan nilai-nilai ini di kalangan anggota Kerajaan telah dilakukan melalui penerangan dan penjelasan dasar ini, teladan pegawai-pegawai kanan, dan persuasion atau pujukan.
Paksaan dan tekanan dalam apa jua bentuk tidak dilakukan.
Pencapaian-Pencapaian dan Masalah Pelaksanaan
Buat masa ini belum dapat dipastikan tahap pencapaian dasar ini dan kajian sistematik juga belum dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Terdapat dua sebab utama yang mengakibatkan keadaan di atas.

Pertama, dasar ini baharu sangat diperkenalkan. Walaupun perbincangan umum mengenai penerapan nilai-nilai Islam telah lama wujud tetapi dasar mengenai dalam bentuk yang boleh dikatakan konkrit hanya setelah teredarnya buku kecil Siri 2 yang di rujukkan.
Kedua, dasar ini pada hakikatnya bertujuan mengubah atau mengukuhkan nilai-nilai hidup manusia. Lazimnya tujuan seperti ini sukar dicapai dalam jangkamasa yang pendek lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang mempunyai nilai-nilai hidup lain yang telah sebati dengan jiwa mereka. Dalam keadaan begini, masa yang lama diperlukan untuk membantu usaha melaksanakan dasar ini secara perlahan-lahan.
Penutup
Dasar ini bergantung kepada beberapa faktor untuk kejayaannya. Antaranya termasuklah political will, peruntukan kewangan yang cukup, jentera pelaksanaan yang sesuai dan cekap, dan kesanggupan kumpulan sasaran menerima dasar ini. Sekiranya faktor-taktor ini tidak wujud sekaligus dan saling membantu, sukar baginya untuk berjaya. Tetapi kesukaran ini tidak patut dijadikan alasan untuk mengabaikan pelaksanaan dasar ini, sebaliknya langkah-langkah mesti dicari untuk menjayakannya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemimpin di semua peringkat untuk mengambil langkah-langkah yang wajar bagi melaksanakannya, dan setiap individu yang menyedari akan kepentingan nilai-nilai ini pula perlu menghayatinya dengan sepenuh hati sejajar dengan tanggungjawab kepada agama, nusa dan bangsa.
...................................................
Dasar Sosial Negara
PENDAHULUAN
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah melancarkan Dasar Sosial Negara pada 19 Ogos, 2003 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Menurutnya dasar ini penting kerana ia dirangka secara bersepadu, rasional, profesional, strategik dan menyeluruh bagi menangani gejala sosial yang melanda negara pada masa sekarang.
Objektif utama dasar ini adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dari segi sosial, ekonomi dan teknologi dengan setiap anggota masyarakat diberi peluang bermutu untuk terus memperkembangkan potensi diri secara optimum.
APA DIA DASAR SOSIAL NEGARA
Dasar Sosial Negara ialah dasar payung yang merangkumi falsafah dan semua dasar pembangunan sosial berteraskan kepada Perlembagaan, Rukunegara dan Wawasan 2020 Malaysia serta komitmen negara di peringkat antarabangsa. Dasar Sosial Negara adalah suatu dasar strategik yang setara dengan dasar-dasar utama yang lain seperti dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Pembangunan Wawasan. Dasar Sosial Negara memberikan panduan bagi pelaksanaan dan pengurusan pembangunan sosial, setanding dan seiring dengan pembangunan ekonomi untuk menghasilkan suatu kemajuan masyarakat yang mantap dan seimbang.
Perspektif 'Sosial' dalam Dasar Sosial Negara merujuk kepada kehidupan serta jalinan perhubungan yang wujud di kalangan individu serta keluarga dengan anggota-anggota lain masyarakat dalam persekitaran yang baik dan memberangsangkan. Dalam mencapai kepuasan serta kecemerlangan hidup bermasyarakat, setiap individu berhak menikmati keperluan asas dan merangkumi aspek kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, pekerjaan, perumahan, penghayatan nilai dan budaya, keselamatan dan persekitaran yang sihat.
Dasar Sosial Negara ini dibahagikan kepada enam bahagian seperti berikut :
Pernyataan Dasar
Pernyataan Matlamat
Rasional
Objektif
Strategi
Jentera Pelaksanaan
PERNYATAAN DASAR
Dasar Sosial Negara ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju serta mantap.
PERNYATAAN MATLAMAT
Dasar Sosial Negara bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia maju dan mantap dari segi sosial, ekonomi dan teknologi dengan setiap anggota masyarakat berpeluang serta berkeinginan untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
RASIONAL
Pembangunan ekonomi diperakui sebagai prasyarat kepada pembangunan negara tetapi pembangunan ekonomi semata-mata tidak menjamin pembangunan yang holistik. Pembangunan negara haruslah berpaksikan konsep pembangunan holistik yang bermaksud pembangunan ekonomi yang diimbangi dengan pembangunan dan kemajuan sosial termasuk pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Pertimbangan terhadap aspek ekonomi dan mutu kehidupan seharusnya tidak membataskan konsep maju kepada aspek-aspek yang boleh diukur secara kuantitatif semata-mata. Penekanan sewajarnya adalah perlu terhadap aspek kualitatif seperti kemantapan sosial, nilai-nilai moral, kekuatan intelektual dan budaya. Sesebuah negara maju mengikut acuan dan kefahaman kita perlu membiasakan kemajuan hidup manusia dalam semua dimensinya, kerana pada akhirnya kemajuan perlu diukur dari perspektif kemanusiaan. Matlamat utama pembangunan ialah kesejahteraan dalam masyarakat secara keseluruhan iaitu kesejahteraan rohani, jasmani dan alam fizikal.
Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, perpaduan merupakan intipati kepada kesejahteraan dan kestabilan sosial. Faktor-faktor sentrifugal seperti perbezaan indentiti, keturunan, adat resam, budaya dan agama; persaingan sumber dan kuasa; kurang peluang untuk kontak dan interaksi; dan perbezaan taraf sosial, pendidikan, ekonomi dan politik yang mendorong anggota masyarakat ke arah persaingan yang tidak sihat, konflik dan perpecahan perlu dikawal dan dicegah. Dalam hubungan ini, usaha perlu diambil untuk memperkuatkan faktor-faktor sentripetal seperti kesejahteraan, keharmonian, persefahaman, perkongsian dan sebagainya yang mendorong anggota masyarakat untuk saling berkompromi dan bekerjasama demi mempertahankan kepentingan bersama dalam merealisasikan masyarakat maju dan mantap.
Wawasan 2020 menyenaraikan 9 cabaran atau matlamat khusus yang perlu dicapai di mana kesemua cabaran dalam Wawasan 2020 bermaksud mencapai pembangunan yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial. Selaras dengan itu, visi Dasar Sosial Negara adalah untuk menterjemahkan semangat dan prinsip Wawasan 2020 ke dalam pelbagai program dan aktiviti untuk pelaksanaannya.
OBJEKTIF
Objektif Umum
Menjamin setiap individu , keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.
Objektif Khusus
Selaras dengan pernyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya:
q Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi;
q Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat;
q Memperkukuhkan dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial; dan
q Menjana sinergi multisektor.
Objektif 1:
Memastikan Keperluan Asas Individu, Keluarga dan Masyarakat Dipenuhi
Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya setiap individu, keluarga dan masyarakat berhak menikmati :
· Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal secukupnya;
· Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat, dan mesra insan;
· Persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni;
· Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi kesihatan, pendidikan, pekerjaan/kerjaya, keselamatan, kerohanian dan maklumat;
· Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara yang dilindungi oleh undang-undang; dan
· Keperluan hidup yang lain sesuai dengan perkembangan semasa.
Strategi-strategi bagi mencapai objektif :-
· Mewujudkan pelbagai peluang dan kemudahan agar setiap individu, keluarga dan masyarakat dapat menikmati keperluan asas kehidupan dan menyertai arus pembangunan negara.
· Memastikan setiap individu mendapat hak untuk kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan serta dapat menikmati keperluan asas sepanjang hayat, tidak terpinggir dan tersisih daripada arus pembangunan.
· Memastikan keperluan hidup yang holistik menjadi teras kehidupan setiap individu, keluarga dan komuniti.
Objektif 2 :
Membangun dan Memperkasakan Insan Sepanjang Hayat
Segala tindakan adalah bertujuan membangun dan memperkasakan setiap individu tanpa membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender, wilayah, fahaman politik, taraf perkahwinan dan keupayaan fizikal, serta mengambil kira kepekaan terhadap keperluan dan kehendak jantina. Ini bagi memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapai matlamat kendiri dan masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup. Usaha berterusan hendaklah dibuat bagi memastikan setiap individu memberi dan menerima kemesraan dan kasih sayang sepanjang hayat.
Strategi-strategi bagi mencapai objektif :-
· Menjamin hak janin atau kandungan untuk hidup dan berkembang dalam keadaan selamat dan sihat tanpa diganggu oleh ancaman dan eksploitasi.
· Mengiktiraf dan memupuk keupayaan setiap bayi dan kanak-kanak berfikir dan berperasaan serta dilindungi daripada dilabel, didiskriminasi dan dijadikan mangsa oleh anggota masyarakat.
· Menentukan setiap bayi dan kanak-kanak di peringkat awal (2-6 tahun) mendapat peluang meneroka persekitaran untuk menentukan perkembangan sel-sel otak secara maksimum. Ia juga bagi membantu pembinaan tubuh, peningkatan keyakinan diri serta perkembangan identiti sendiri yang sihat di dalam satu suasana dan jalinan perhubungan yang positif dalam keluarga komuniti.
· Memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan wajib peringkat sekolah rendah yang mendidik kemahiran sosial dan disiplin diri serta rangsangan minda melalui kurikulum yang meningkatkan kemahiran berfikir.
· Menentukan setiap remaja (13-18 tahun) diberikan pengiktirafan, penghormatan, peluang serta bimbingan untuk mengenali hak-hak dan tanggungjawab dan mengamalkan peranan tertentu dalam keluarga, sekolah dan komuniti sebagai persediaan untuk memainkan peranan sebagai seorang dewasa sepenuhnya kelak.
· Menentukan setiap individu yang sudah menjangkau umur melebihi 18 tahun, yang mula mencapai taraf berdikari dalam aspek ekonomi tertentu, diberi sokongan, bimbingan, pengetahuan dan kemahiran untuk membuat keputusan tentang pelajaran, pekerjaan, kekeluargaan dan perhubungan sosial.
· Memastikan setiap individu di alam pertengahan dewasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mendapat sokongan dan bimbingan untuk menguruskan keluarga; penyesuaian dalam hubungan kekeluargaan serta perubahan dalam kerjaya.
· Menyalur dan memberikan peluang kepada setiap warga tua (60 tahun ke atas) yang merupakan insan di puncak kitaran hidup mereka dengan kematangan, pengalaman hidup dan berbagai-bagai kemahiran serta sumber-sumber yang dimiliki, untuk terus membuat sumbangan kepada masyarakat, berasaskan tahap tenaga, minat, kemampuan dan motivasi yang mereka miliki.
· Memberikan pengiktirafan, sokongan dan bantuan kepada setiap warga tua yang memerlukannya, dengan pihak keluarga dan kerajaan menentukan supaya mereka tidak tertekan dari segi emosi, kewangan dan kesihatan dengan menyediakan berbagai-bagai kemudahan dan bantuan sehingga akhir hayat mereka.
· Menanamkan nilai-nilai patriotisme di kalangan semua lapisan masyarakat.
· Mengambil langkah untuk memastikan setiap perancangan dan penggubalan program bagi setiap kumpulan dirancang dan digubal bersama dengan anggota kumpulan berkaitan.
Objektif 3:
Memperkukuhkan dan Membangunkan Sistem Sokongan Sosial Dan Perkhidmatan Sosial.
Segala usaha perlu diambil untuk memperkuatkan sistem sokongan sosial yang sedia wujud iaitu sistem keluarga, komuniti, kumpulan etnik, agama, pendidikan dan organisasi sosial untuk membantu setiap anggota masyarakat membangun dan berfungsi secara optimum serta berfungsi sebagai sistem kawalan sosial. Selain itu, sistem sokongan yang baru sebagai tambahan perlu diwujudkan bagi tujuan tersebut.
Semua sektor yang terlibat di dalam sistem penyampaian perkhidmatan sosial perlu saling menyokong dan melengkapi untuk menentukan anggota masyarakat yang memerlukannya mendapat pilihan perkhidmatan bermutu.
Strategi-strategi bagi mencapai objektif :-
· Membangunkan setiap keluarga untuk berfungsi sebagai satu pasukan yang saling menyokong dalam memainkan peranan serta tanggungjawab supaya setiap ahli keluarga berkembang dengan optimum mengikut keunikan dan potensi setiap individu.
· Mengiktiraf identiti, kepentingan dan keperluan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat Malaysia untuk mewujudkan sikap toleran dan saling membantu di dalam dan di antara kaum yang berbeza.
· Mengiktiraf kelompok keagamaan sebagai kelompok sosial yang mengamalkan sistem nilai dan cara hidup tersendiri selaras dengan Perlembagaan Negara, menghormati sistem nilai dan cara hidup penganut agama lain serta menggalakkan interaksi dan saling memahami antara penganut pelbagai agama.
· Memberikan peluang kepada semua anggota masyarakat untuk mencapai kecemerlangan melalui sistem pendidikan yang fleksible, aksesibel, inovatif, relevan dan dinikmati oleh semua anggota masyarakat sepanjang hayat mereka.
· Memastikan sesebuah organisasi atau agensi menyediakan keperluan asas sosial serta memberikan sokongan dan bimbingan kepada kakitangannya sebagai satu tanggungjawab asas.
· Menentukan supaya organisasi atau agensi yang memberikan khidmat sosial mementingkan kakitangan yang dilengkapi dengan kemahiran sosial dan teknologi terkini serta yang berhubung langsung dengan kumpulan sasar.
· Menggalakkan setiap organisasi atau agensi, di semua peringkat dan sektor menggubal dan melaksanakan dasar di peringkat organisasi sebagai panduan bagi menentukan perkembangan sosial yang optimum untuk kakitangan dan kumpulan sasarnya.
· Menggalakkan sesebuah komuniti, sama ada di dalam bandar atau luar bandar supaya bekerjasama dan saling membantu menyediakan berbagai-bagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anggotanya dan mendirikan sistem amaran awal untuk mengenal pasti gejala sosial.
· Menjalankan Penilaian Prestasi Perkhidmatan Sosial atau Audit Sosial bagi membuat pemantauan ke atas organisasi dan agensi perkhidmatan sosial.
· Mensyaratkan Penilaian Impak Sosial atau Social Impact Assessment (SIA) digunapakai dalam perancangan dan pelaksanaan semua program dan aktiviti pembangunan awam dan swasta.
· Menyediakan Laporan Tahunan Sosial yang mengandungi petunjuk-petunjuk sosial lengkap bagi memantau secara objektif dan tepat berkaitan kemajuan pembangunan sosial.
· Menentukan sesuatu isu sosial dikaji, diselidiki dan dianalisa dengan terperinci, objektif, rasional dan profesional dari segala sudut serta menyebarkan kefahaman tentang isu sosial itu kepada seluruh masyarakat supaya segala usaha yang diambil untuk menanganinya adalah cekap dan berkesan.
· Mewujudkan peluang untuk semua anggota masyarakat memperolehi pelbagai kemahiran sosial sama ada secara formal ataupun tidak formal agar anggota masyarakat dapat berinteraksi dengan berkesan.
· Memperluaskan khidmat bimbingan yang ditawarkan oleh semua sektor kepada semua kumpulan sasar yang memerlukan khidmat bimbingan serta menentukan perkhidmatan tersebut bermutu dan profesional, serta disokong oleh separa-profesional.
· Mewujudkan satu pangkalan maklumat mengenai perkhidmatan sosial yang ditawarkan oleh semua sektor yang boleh dicapai oleh setiap anggota masyarakat dengan cepat, mudah dan pada kadar yang dimampuinya.
· Menyediakan kemudahan bagi semua sektor untuk menjalankan perkhidmatan perdampingan bagi mendekati mana-mana pihak yang memerlukan pertolongan dan bimbingan.
· Mewujudkan di dalam setiap organisasi satu pasukan intervensi krisis yang terlatih dan berkemahiran yang sentiasa bersedia untuk mengendalikan berbagai jenis krisis sosial dengan berkesan.
· Membangunkan perkhidmatan pakar di dalam semua bidang berkaitan dengan pembangunan sosial untuk memenuhi keperluan sebenar masyarakat.
· Menyediakan perkhidmatan bimbingan guaman dengan kadar yang tidak membebankan untuk membantu anggota masyarakat membuat keputusan tentang tindakan terhadap hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat.
· Menggalakkan sektor swasta dan sukarela menubuh dan mengendalikan institusi perkhidmatan sosial yang bermutu untuk memenuhi keperluan anggota masyarakat yang memerlukan perkhidmatan sedemikian.
· Menggalakkan serta menyokong usaha berdikari dan pemerkasaan diri melalui penubuhan kelompok sokongan.
· Menggalakkan serta menyokong penyertaan aktif komuniti dalam usaha mewujudkan pelbagai jenis perkhidmatan pemulihan untuk semua kumpulan sasar.
Objektif 4 :

Menjana Sinergi Multi Sektor
Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor awam dengan sektor swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat untuk tujuan menjaminkan perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama. Persaingan dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor perlu dikurangi dan diatasi agar penggunaan sumber dan tenaga dapat dioptimumkan.
Strategi-strategi bagi mencapai objektif :-
· Menggalakkan setiap organisasi atau agensi di peringkat persekutuan, negeri, daerah dan komuniti di sektor awam, swasta dan sukarela untuk melakukan kajian dari semasa ke semasa ke atas struktur dan fungsi masing-masing bagi menentukan kemampuan pencapaian matlamat pembangunan sosial.
· Mewujudkan mekanisma Perancangan Sosial yang bertaraf agensi pusat di peringkat persekutuan, negeri dan daerah untuk merancang, melaksana, memantau, menyelaras dan menilai keberkesanan perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan sosial dalam masyarakat.
· Meningkat dan mengukuhkan peranan dan fungsi bahagian pembangunan sosial di semua peringkat pentadbiran negeri, bahagian/daerah dan komuniti.
· Menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan mewujudkan program dan kemudahan sosial yang terancang dan lengkap supaya selaras dengan pembangunan fizikal dan ekonomi yang pesat.
· Menigkatkan taraf dan memperluaskan peranan kepimpinan di peringkat akar umbi dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan sosial.
· Memastikan setiap wakil rakyat memainkan peranan dalam pembangunan sosial dan memberikan perkhidmatan berkesan kepada anggota masyarakat tanpa mengira perbezaan ideologi atau parti politik.
· Menggalak dan menyokong perkembangan sektor sukarela dengan memberi sokongan, pengiktirafan dan insentif kepada persatuan perkhidmatan sukarela yang memberi khidmat kepada masyarakat.
· Menggalakkan sektor swasta memenuhi tanggungjawab sosial dengan membantu menyediakan program bagi kumpulan sasar dan menangani isu sosial secara teratur selaras dengan prinsip pertanggungjawaban sosial korporat.
· Menyedarkan pelbagai lapisan masyarakat supaya terlibat secara proaktif, dalam proses globalisasi dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan potensi untuk memajukan diri, keluarga dan komuniti.
JENTERA PELAKSANA
Pencapaian Dasar Sosial Negara bergantung kepada pewujudan satu struktur yang mantap di semua peringkat bagi menyelaras perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program dan aktiviti-aktiviti pembangunan sosial yang dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan serta sektor swasta dan sukarela.
Bagi merealisasikan pelaksanaan strategi-strategi di bawah Dasar Sosial Negara, maka Majlis Sosial Negara ditubuhkan di peringkat persekutuan sebagai jentera penyelarasan pelaksanaan. Majlis Sosial Negara yang merupakan badan tertinggi ini akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dengan keanggotaan terdiri daripada Menteri-Menteri Kabinet yang berkaitan dengan sektor sosial. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat akan bertindak sebagai Urus Setia.
Majlis Sosial Negara akan dibantu oleh Jawatankuasa Pembangunan Sosial Negara dan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial Negara di peringkat persekutuan. Di peringkat negeri dan daerah struktur yang sedia ada, iaitu Majlis Pembangunan Negeri, Jawatankuasa Pembangunan Negeri dan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Daerah akan digunakan bagi menyelaras perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program-program dan aktiviti-aktiviti sosial.
PENUTUP
Dasar Sosial Negara merupakan dasar payung yang merangkumi falsafah dan pelbagai dasar pembangunan sosial negara. Dasar ini memberi halatuju kepada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sosial tersebut. Pelaksanaan dasar ini akan menjadi suatu agenda utama Kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap menurut acuan sendiri. Pelaksanaan Dasar Sosial Negara perlu dipantau bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial. Kejayaannya bergantung kepada komitmen, sokongan dan kerjasama sektor awam, swasta dan sukarela.
Dasar Pembangunan negara
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
(RRJP 2: 1991 – 2000)
PENDAHULUAN
•DILANCARKAN OLEH MANTAN YAB PERDANA MENTERI PADA 17 JUN 1991. (RRJP 1 BERAKHIR PADA TAHUN 1990).
•MENERUSKAN PENCAPAIAN DEB DALAM PEMBASMIAN KEMISKINAN DAN PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT.
•OBJEKTIFNYA IALAH MEMBINA SEBUAH NEGARA YANG BERSATU PADU DAN MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT YANG LEBIH ADIL, MAJU, AMAN DAN MAKMUR BERASASKAN PRINSIP-PRINSIP PERLEMBANGAAN DAN RUKUN NEGARA.
DIMENSI BARU DPN
(i)Untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi.
•Tumpuan kepada golongan termiskin.
•Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB).
•Penglibatan sektor swasta.
•Pembangunan sumber manusia
(ii)Kerajaan meneruskan dasar liberal berhubung dengan syarat-syarat pemilikan modal saham.
(iii)Golongan minoriti diberi pertimbangan.
STRATEGI PEMBASMIAN KEMISKINAN
•MENGURANGKAN KEMISKINAN TANPA MENGIRA KAUM.
•MEMPERBAIKI KEADAAN GOLONGAN TERMISKIN
•MERAPATKAN PENDAPATAN DAN MEMPERBAIKI TARAF HIDUP KUMPULAN-KUMPULAN BERPENDAPATAN RENDAH
•KEMISKINAN DI BANDAR
•SEKTOR PERLADANGAN -PERBAIKI KEMUDAHAN PERUMAHAN, KESIHATAN, PENDIDIKAN DAN SOSIAL.
•GOLONGAN MINORITI –ORANG ASLI DAN BUMIPUTRA SABAH/SARAWAK SERTA INDIA.
PROGRAM PEMBANGUNAN RAKYAT TERMISKIN
•GOLONGAN TERMISKIN IALAH ISIRUMAH YANG MENERIMA PENDAPATAN KURANG DARIPADA SEPARUH PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN DAN KEHIDUPAN ADALAH DAIF.
•OBJEKTIF PPRT IALAH:
•MEMBASMI KEMISKINAN GOLONGAN INI; DAN
•MENINGKATKAN KEUPAYAAN UNTUK BERDIKARI.
•STRATEGI PPRT MERANGKUMI:
•MEMBANTU MEMENUHI KEPERLUAN ASAS.
•MENYEDIAKAN INFRASTRUKTUR ASAS.
•MENYEDIAKAN PROGRAM LATIHAN DAN KEMAHIRAN.
•MENYEDIAKAN PROGRAM EKONOMI.
PEMBANGUNAN SEBUAH MASYARAKAT PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN BUMIPUTERA
•UNTUK MEMPERKUKUH DAN MENGEMBANGKAN ASAS KEUSHAWANAN SERTA KEWUJUDAN RANGKAIAN USAHAWAN BERDAYA MAJU:
•MENINGKATKAN BILANGAN DAN KUALITI
•PENGLIBATAN SEKTOR SWASTA
•SOKONGAN DAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA MEREKA YANG BERPOTENSI
•STRATEGI ;
•MENYUSUN RANGKA TINDAKAN MPPB YANG JELAS DAN SELARAS DENGAN TUJUAN.
•MENGADAKAN HUBUNGAN DAN GALAKAN YANG SESUAI.
•MENJADIKAN KRITERIA KECEKAPAN, PERSAINGAN DAN PENGURUSAN ASAS PENTING.
•MENGUTAMAKAN LATIHAN PENGURUSAN DAN KEMAHIRAN.
•MENGALAK DAN MENUBUHKAN USAHASAMA YANG TULIN.
•MEMPERTINGKAT PENYERTAAN BUMIPUTRA DALAM AKTIVITI PERDAGANGAN DAN PERKHIDMATAN DI KAWASAN BANDAR.
•MELAKSANAKAN SISTEM KUOTA, PERLESENAN DAN KEUTAMAAN SECARA SELEKTIF. •MENDEDAH USAHAWAN DAN PENIAGA KEPADA TEKNOLOGI BARU.
PENYUSUNAN SEMULA HAKMILIK DAN PENGUASAAN DALAM SEKTOR SYARIKAT
•KERAJAAN MENERUSKAN USAHA-USAHA UNTUK MENINGKATKAN PEMILIKAN DAN PENGLIBATAN BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT SELARAS DENGAN MATLAMAT ASAL 30% HAKMILIK SAHAM SEKTOR.
•DASAR INI DILAKSANAKAN DENGAN FLEKSIBEL DAN LIBERAL.
•TIADA MATLAMAT KUANTITATIF DAN JANGKAMASA TERTENTU.
•STRATEGI ;
•MENERUSKAN DASAR LIBERAL BERHUBUNG DENGAN SYARAT PEMILIKAN MODAL SAHAM BAGI PELABUR ASING.
•MELONGGARKAN GARIS PANDUAN MENGENAI MODAL SAHAM YANG MELIBATKAN PELABUR TEMPATAN.
•JAWATANKUASA PELABURAN ASING MEMAIN PERANAN DALAM PROSES PENYUSUNAN SEMULA SEKTOR SYARIKAT MELAKSANAKAN GARIS PANDUAN.
•MELALUI PROGRAM PENSWASTAAN BUMIPUTERA DIPERUNTUKAN SEJUMLAH BESAR MODAL SAHAM.
•MEMPERBAIKI PENGURUSAN DAN PENGGUNAAN SUMBER-SUMBER YANG DIHASILKAN OLEH INSTITUSI ISLAM.
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
TERAS UTAMA:
•MEMASTIKAN PENCAPAIAN MATLAMAT PERTUMBUHAN EKONOMI DENGAN PENGAGIHAN YANG SAKSAMA.
•PENGLIBATAN BUMIPUTERA YANG BERMAKNA DALAM SEKTOR MODEN.
•MATLAMAT UTAMA
•MEMBANGUN TENAGA KERJA YANG BERPELAJARAN, TERLATIH DAN FLEKSIBEL.
•MENAMBAH BILANGAN DAN KUALITI GOLONGAN BUMIPUTERA PROFESIONAL DAN TEKNIKAL.
•MENERAP NILAI-NILAI POSITIF.
•MEMBANGUN KEMAMPUAN.
PENUTUP
SEPERTI DEB, DPN MENERUSKAN USAHA MENGURANGKAN KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI BUKAN SAHAJA DIKALANGAN KAUM ETNIK TETAPI JUGA ANTARA GOLONGAN KAYA DAN MISKIN SERTA ANTARA WILAYAH
KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI AKAN DAPAT DIKURANGKAN BERASASKAN PRINSIP PEMBANGUNAN SEIMBANG DAN PENGAGIHAN SAKSAMA UNTUK MENCAPAI KEADILAN SOSIAL DAN MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN NEGARA.
.......

Wawasan 2020
PENDAHULUAN
- SATU KONSEP YANG TELAH DIBENTANGKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DI MESYUARAT MAJLIS PERDAGANGAN MALAYSIA PADA 28 FEBRUARI 1991.
- BELIAU MENEGASKAN BAHAWA MATLAMAT PEMBANGUNAN NEGARA IALAH MENJADIKAN MALAYSIA “.. SEBAGAI SEBUAH NEGARA INDUSTRI” DAN “... PEMBENTUKAN SEBUAH NEGARA MALAYSIA YANG BENAR-BENAR MAJU MENJELANG TAHUN 2020 ... MENURUT ACUAN KITA SENDIRI ...”.
- KEMAJUAN YANG DIMAKSUDKAN MELIPUTI ASPEK EKONOMI, POLITIK, SOSIAL, KEROHANIAN DAN SEKTOR KEBUDAYAAN.

APA ITU WAWASAN?
SATU WAWASAN (VISION) STRATEGIK JANGKA PANJANG SEBAGAI PANDUAN ARAH DASAR YANG LUAS MELIPUTI PELBAGAI ASPEK BERKAITAN PEMBANGUNAN NEGARA DALAM HUBUNGAN DENGAN PERKEMBANGAN EKONOMI DUNIA KESELURUHANNYA
• MEMBERI PANDUAN ARAH TUJUAN.
• MEMBERI PANDUAN SASARAN NEGARA (TAHAP NEGARA MAJU SEPENUHNYA).
• JANGKA MASA (30 TAHUN).

MENGAPA PERLUNYA SATU ‘VISION’?
1.MEMBERI ‘NATIONAL FOCUS’
•Wawasan yang jelas dan diterima umum berupaya memastikan bergerak ke hadapan dengan tumpuan yang lebih jelas, yakin dan serentak
•Contoh: Presiden Kennedy menyatakan dalam masa 10 tahun Amerika Syarikat akan berjaya sampai ke bulan. Setiap anggota NASA dengan sokongan kerajaan dan rakyat bersungguh-sungguh mencapai wawasan yang ditetapkan.
2.MENDAPATKAN KONSENSUS NASIONAL
•Penduduk berbilang kaum dan geografinya berasingan antara wilayah.
•Pandangan yang berbezadan perselisihan mengenai masa depan negara
3.SATU PERJANJIAN SOSIO-POLITIK
•Menjadi satu panduan utama setiap rakyat membawa negara kepada satu tahap lebih maju di masa hadapan.
•Setiap rakyat ‘setuju-terima’ mempersetujui arah dan matlamat yang sama.
4.MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN BAGI AGENDA PEMBANGUNAN NASIONAL
•Satu pandangan jauh ke hadapan.
•Wawasan merupakan garis panduan utama bagi:
i)Menetapkan arah tujuan;
ii)Menetapkan matlamat.
iii)Menetapkan strategi;
iv)Menetapkan jangka masa;
v)Menetapkan pencapaian.
MENGAPA TAHUN 2020 ?
•PEMBANGUNAN SATU GENERASI DALAM ERA TANPA SEMPADAN DAN PERSAINGAN YANG PESAT (30 tahun)
•SATU ERA PEMISAH PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DUNIA (Berjaya/ tidak dalam pembangunan perindustrian).
•BERSAMA DALAM ‘MEGATREND’ (Ditentukan oleh pembangunan sains, teknologi dan komunikasi)
•JANGKA MASA YANG MUNASABAH DAN PRAKTIKAL (Berasaskan kemajuan dan pembangunan yang telah dicapai).

CABARAN PERTAMA
•MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA YANG BERSATU YANG MEMPUNYAI MATLAMAT YANG DIKONGSI BERSAMA. IAITU SEBUAH NEGARA YANG AMAN, BERINTEGRASI DI PERINGKAT WILAYAH DAN KAUM, HIDUP DALAM HARMONI, BEKERJASAMA SEPENUHNYA, SECARA ADIL DAN DIDOKONG OLEH SATU BANGSA MALAYSIA YANG MEMPUNYAI KESETIAAN POLITIK DAN DEDIKASI KEPADA NEGARA.

CABARAN KEDUA
•MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA YANG BERJIWA BEBAS, TENTERAM DAN MAJU DENGAN KEYAKINAN TERHADAP DIRI SENDIRI, BANGGA DENGAN APA YANG ADA, DENGAN APA YANG DICAPAI, GAGAH MENGHADAPI PELBAGAI MASALAH. MASYARAKAT MALAYSIA YANG MUDAH DIKENALI DARI SIKAP INGIN MENCAPAI KECEMERLANGAN, SEDAR SEMULA KEMAMPUANNYA, TIDAK MENGALAH KEPADA SESIAPA DAN DIHORMATI OLEH RAKYAT NEGARA LAIN.

CABARAN KETIGA
•MEWUJUD DAN MEMBANGUNKAN MASYARAKAT DEMOKRATIK DAN MENGAMALKAN SATU BENTUK PERSEFAHAMAN MATANG IAITU DEMOKRASI MALAYSIA YANG BOLEH MENJADI CONTOH KEPADA BANYAK NEGARA MEMBANGUN.
•MEWUJUD DAN MEMBANGUNKAN MASYARAKAT DEMOKRATIK DAN MENGAMALKAN SATU BENTUK PERSEFAHAMAN MATANG IAITU DEMOKRASI MALAYSIA YANG BOLEH MENJADI CONTOH KEPADA BANYAK NEGARA MEMBANGUN.
CABARAN KEEMPAT
•MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA, KUKUH DALAM NILAI AGAMA DAN KEJIWAAN DAN DIDORONG OLEH TAHAP ETIKA YANG TINGGI.
•MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA, KUKUH DALAM NILAI AGAMA DAN KEJIWAAN DAN DIDORONG OLEH TAHAP ETIKA YANG TINGGI.
CABARAN KELIMA
•MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG LIBERAL DAN BERTOLAK ANSUR, DI MANA MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA BEBAS MENGAMALKAN ADAT, KEBUDAYAAN DAN KEPERCAYAAN AGAMA MEREKA DAN PADA MASA YANG SAMA MELETAKKAN KESETIAAN MEREKA PADA SATU NEGARA.

CABARAN KEENAM
•MEWUJUDKAN MASYARAKAT SAINTIFIK DAN PROGRESIF, MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI DAYA PERUBAHAN TINGGI DAN MEMANDANG KE HADAPAN YANG BUKAN SAHAJA MENJADI PENGGUNA TEKNOLOGI TETAPI JUGA PENYUMBANG KEPADA TAMADUN SAINTIFIK DAN TEKNOLOGI MASA DEPAN.

CABARAN KETUJUH
•MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG DAN BUDAYA MENYAYANGI, IAITU SATU SISTEM SOSIAL YANG MANA KEPENTINGAN MASYARAKAT ADALAH LEBIH UTAMA DARIPADA DIRI SENDIRI, YANG MANA KEBAJIKAN INSAN TIDAK AKAN BERKISAR KEPADA ORANG PERSEORANGAN TETAPI DISEKELILING SISTEM KELUARGA YANG KUKUH.

CABARAN KELAPAN
•MEMASTIKAN MASYARAKAT YANG ADIL DALAM BIDANG EKONOMI. IAITU MASYARAKAT YANG MELAKSANAKAN PENGAGIHAN KEKAYAAN NEGARA SECARA ADIL DAN SAKSAMA, YANG MANA WUJUD PERKONGSIAN SEPENUHNYA BAGI SETIAP RAKYAT DALAM PERKEMBANGAN EKONOMI. MASYARAKAT SEDEMIKIAN TIDAK AKAN WUJUD JIKA MASIH ADA PENGENALAN KAUM BERDASARKAN FUNGSI EKONOMI DAN KEMUNDURAN EKONOMI BERDASARKAN KAUM.

CABARAN KESEMBILAN
•MEMUJUDKAN MASYARAKAT MAKMUR YANG MEMPUNYAI EKONOMI YANG BOLEH BERSAING, DINAMIK, GIAT DAN BERDAYA TAHAN.
•MEMUJUDKAN MASYARAKAT MAKMUR YANG MEMPUNYAI EKONOMI YANG BOLEH BERSAING, DINAMIK, GIAT DAN BERDAYA TAHAN.
Sukar untuk membezakan cabaran ekonomi dan bukan ekonomi. Dari sembilan cabaran jelas cabaran yang lebih besar ialah cabaran bukan ekonomi. Cabaran yang lebih ketara adalah cabaran politik, sosial, psikologi dan budaya.
KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020
•Malaysia perlu membentuk ekonominya yang berdaya saing supaya mampu mengekalkan keupayaan jangka panjang serta bersifat dinamik, teguh, berdaya tahan dan berdaya maju.
•Malaysia perlu membentuk ekonominya yang berdaya saing supaya mampu mengekalkan keupayaan jangka panjang serta bersifat dinamik, teguh, berdaya tahan dan berdaya maju.
•Petunjuk utama: KDNK perlu dipertingkatkan dari RM115 billion (1990) kepada RM920 billion (2020) –8 kali ganda. Peningkatan pendapatan perkapita sebanyak 4 kali ganda. Pertumbuhan ekonomi7 %.
•RRJP2 (1991-2000) & DPN dan RM6 (1991-1995) digubal untuk mencapai Wawasan 2020.
•DPN menyenaraikan aspek kritikal seperti berikut:
a.Mewujudkan keseimbangan yang optimum diantara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan saksama.
b.Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.
c.Mengurangkan dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk mengalakkan perkongsiann secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat malaysia
d.Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan bandar dan luar bandar.
e.Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.
f.Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semua masyarakat.
g.Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian moden.
h.Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
DPN juga mengariskan penerusan usaha ke arah pencapaian DEB iaitu mempercepatkan proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan sosial dan ekonomi. Penumpuan yang digariskan oleh DPN:
a.Mengalihkan tumpuan kepada strategi pembasmian kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif.
b.Menumpukan kepada pewujudan gunatenaga dan pembangunan pesat sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang aktif.
c.Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat melalui pewujudan peluang-peluang yang lebih luas untuk sektor tersebut berkembang.
d.Menumpukan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas penting bagi mencapai matlamat pertumbuhan dan pengagihan saksama.
PENCAPAIAN LAIN LAIN-LAIN CABARAN
-Cabaran Ekonomi - jelas dan kurang sukar untuk dicapai.
-Cabaran lain seperti cabaran membentuk sebuah negara yang bersatu, pembentukan satu Bangsa Malaysia, kesetian politik dan negara memerlukan penghuraian lebih terperinci dan matang.
-Bangsa Malaysia - Bangsa yang bermoral, beragama dan beretika tinggi.
-Penduduknya mempunyai psikologikal dan pemikiran yang tidak terkongkong, yakin, bangga dan sedar akan potensinya ke arah mencapai kecemerlangan.
-Pencapaian matlamat memerlukan tindakan dan komitmen dari berbagai dimensi dan peringkat.

APAKAH PERANAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA DALAM MENCAPAI WAWASAN 2020
i.Dalam usaha untuk mencapai Wawasan 2020, Kerajaan telah menggariskan beberapa ciri perkhidmatan awam di masa hadapan, antaranya penggunaan sains dan teknologi yang canggih dalam peralatan dan automasi pejabat serta peningkatan penggunaan teknologi maklumat. Oleh itu, anggota perkhidmatan awam perlulah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu serta kepakaran yang diperlukan agar keupayaan menggunakan teknologi yang canggih dapat dipertingkatkan.
ii.Anggota-anggotanya dapat mempersiapkan diri dengan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan, sepert iilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran tertentu serta mempertingkatkan ketrampilan dan kualiti keperibadian anggotanya.
iii.Setiap individu perlu melintasi halangan mental yang mempunyai anggapan bahawa keupayaan dan kemampuan kita adalah terhad. Segala-galanya boleh dilakukan dengan syarat setiap individu perlu bekerja keras, mengkaji kelemahan-kelemahan yang ada serta kegagalan-kegagalan yang lalu untuk mencari silapnya dan meninjau faktor yang membawa kejayaan. Apa yang diperlukan ialah keyakinan diri bahawa kita juga boleh melakukannya, malah dengan lebih baik lagi. Kalau takut mengambil risiko, kemajuan tidak akan tercapai.
APAKAH CADANGAN CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENANGANI CABARAN WAWASAN 2020
(a)Penjawat awam perlu faham peranan dalam menentukan pencapaian mereka sendiri, selain daripada pencapaian negara.
(b)Mengenalpasti bidang-bidang yang diperluaskan, paradigma lama dan menerima paradigma yang baru.
(c)Pennjawat awam perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kecekapan sesuai dengan paradigma baru ini serta penuh yakin bahawa mereka mempunyai kebolehan.
(d)Di mana sahaja pertukaran pendekatan diperlukan, penjawat awam harus membuat pertukaran ini, termasuklah penghapusan sikap terasing dari masyarakat dan swasta yang menjadi pelanggan mereka. Piagam pelanggan mesti diterima sepenuhnya.
(e)Penjawat awam perlu sentiasa memikirakan hasil dan sumbangan mereka kepada masa depan dan tidak hanya memikirakan sumbangan hari ini untuk hari ini.
(f)Penjawat awam sebagai individu boleh menyumbang kepada kejayaan segala usaha, mereka harus sedar bahawa sumbangan sebagai anggota pasukan adalah lebih berkesan dalam apa jua usaha. Oleh itu mereka harus mengutamakan yang berkoordinasi dalam pasukan bagi menembusi paradigma lama dan memasuki paradigma baru.
PENUTUP
•MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA MAJU YANG MEMPUNYAI KUALITI HIDUP YANG TINGGI MALAYSIA HARUS MEMPELAJAI KELEMAHAN DAN KEKUATAN YANG BERLAKU DI NEGARA MAJU.
•WAWASAN 2020 TIDAK MEMINTA MALAYSIA MENJADI NEGARA BARAT ATAU JEPUN TETAPI SEBUAH NEGARA BARU DAN LEBIH MANTAP DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.
........
Perintah Am Bab G
PERINTAH-PERINTAH AM BAB G : WAKTU BEKERJA DAN LEBIHMASA
PERINTAH-PERINTAH Am yang berikut telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan.
Berkuatkuasa mulai dari 1hb Februari, 1974]
I. WAKTU BEKERJA PEJABAT
1. Waktu-waktu bekerja biasa yang berikut akan dipakai bagi semua pejabat iaitu:
waktu bekerja biasa.(1)
Hari Bekerja Penuh ... 8 pagi hingga 4 petang
Hari Bekerja Separuh ... 8 pagi hingga 12.45 tengahari
Rehat waktu makan
2. Pada hari-hari bekerja penuh, waktu rehat untuk makan akan diberi dari jam 12.45 tengahari hingga 2 petang.
2. Pada hari-hari bekerja penuh, waktu rehat untuk makan akan diberi dari jam 12.45 tengahari hingga 2 petang.
Sembahyang jumaat
3. Pegawai-pegawai yang berugama Islam yang berkhidmat di negeri-negeri di mana Jumaat bukan hari rehat mingguan boleh dibenarkan meninggalkan tempat bekerja untuk menunaikan fardhu Jumaat mulai jam 12 tengahari.

Waktu kerja berlainan
4. Pejabat-pejabat yang memerlukan satu waktu bekerja yang berlainan daripada Perintah Am 1 dan 2 hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Patuhi waktu kerja
5. Semua pegawai, termasuk Ketua-ketua Jabatan sendiri, hendaklah mematuhi waktu-waktu bekerja dan hadir di pejabat-pejabat dalam masa yang ditetapkan. Seseorang pegawai yang hendak meninggalkan pejabatnya di waktu bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pegawai yang menjaganya sebelum berbuat demikian.
II. WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT
Kerja sehari biasa
II. WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT
Kerja sehari biasa
. Apabila seseorang pegawai dikehendaki bekerja sehari biasa, maka ini akan meliputi satu masa bekerja atau giliran bekerja sebanyak lapan jam melainkan seperti dinyatakan dalam Perintah Am 7. Bila sesuatu jenis kerja itu tidak bersambung terus menerus maka waktu bekerja sehari biasa itu boleh jadi lebih daripada lapan jam tetapi tidak boleh melebihi 12 jam.
Kerja seminggu
7. Pekerjaan dalam seminggu hendaklah mengandungi enam masa bekerja atau giliran iaitu terdiri dari 5 masa bekerja sebanyak 8 jam sekali dan satu giliran sebanyak 6 jam sekali. Seseorang pegawai hendaklah diberi satu hari dalam seminggu sebagai hari rehat.

Hari mingguan mengikut agama
8. Di mana sesebuah Jabatan dikehendaki memberi perkhidmatan selama 7 hari dalam seminggu, Ketua Jabatan patutlah, bila ini dapat dilaksanakan dengan mudah dan tanpa mengganggu perkhidmatan, mengatur hari bertugas pegawai-pegawainya sebegitu cara supaya tiap-tiap pegawai itu boleh diberi hari rehat mingguannya mengikut ugamanya.
Rehat makan. (3).
9. Waktu rehat untuk makan akan diberi sebanyak satu jam semasa dalam waktu bekerja 8 jam. Waktu ini boleh juga ditambah kalau perlu atau difikirkan lebih menasabah selama 15 minit lagi dengan syarat masa bekerja juga ditambah sebanyak 15 minit lagi.

Menunaikan sembahyang Jumaat. (18).
10. Di mana seseorang pegawai yang berugama Islam tidak dapat diberi hari rehat mingguan pada hari Jumaat maka masa yang berpatutan bolehlah diberi kepadanya untuk menunaikan sembahyang Jumaat.
III. LEBIH MASA
Bila bayaran boleh dibayar.
11. Apabila seseorang pegawai yang lain daripada mereka dalam Perintah Am 14 dikehendaki bekerja lebih daripada masa bekerja biasa yang disyaratkan baginya, atau dipanggil bertugas dalam masa kecemasan maka ia boleh diberi bayaran lebihmasa mengikut kadar-kadar yang ditetapkan dan jenis tugas kerja yang dijalankan. Bayaran lebihmasa tidak boleh dibuat dalam keadaan seperti dalam Perintah Am 20.
Jenis kerja bagi lebih-masa.
12. Takrif yang berikut akan dipakai bagi menentukan jenis-jenis kerja yang boleh dibayar bayaran lebihmasa:
"Kerja Siang" bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 6 pagi hingga 10 malam.
"Kerja Malam" bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 10 malam hingga 6 pagi.
"Kerja Kecemasan" bermakna sebarang tugas yang diistiharkan oleh Ketua Jabatan sebagai tugas kecemasan yang memerlukan tenaga pekerja lebih daripada biasa. Masa seseorang pegawai sedang bertugas biasa yang diistiharkan sebagai kecemasan akan dianggap sebagai termasuk dalam kerja kecemasan. Lazimnya kerja kecemasan ini ialah bagi memulihkan semula perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan penting yang terputus atau terganggu; atau memelihara perhubungan-perhubungan atau perhkidmatan-perkhidmatan tersebut daripada terganggu atau terancam. Sesuatu kecemasan itu hendaklah dianggap berakhir bila perhubungan-perhubungan telah tersambung semula atau perkhidmatan-perkhidmatan penting telah berjalan semula; atau apabila kedua-duanya lepas daripada gangguan atau ancaman.
Kadar-kadar bayaran lebihmasa. (9A).
13. Kadar-kadar bayaran bagi kerja-kerja di Perintah Am 12 adalah dikira dengan mendarab bayaran sejam dengan gandaan bayaran seperti dalam Lampiran A. Bayaran sejam bagi seseorang pegawai adalah diperolehi dengan membahagi gaji tahunannya dengan faktor 313 x 8.
Pegawai yang tiada layak mendapat bayaran lebih masa. (5)
14. Pegawai-pegawai yang berikut adalah tidak layak untuk mendapat bayaran kerana bekerja lebihmasa:
(i) Pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas dan Kumpulan Kerja dan Separa Ikhtisas.
(ii) Kakitangan-kakitangan pejabat seperti kerani, jurutrengkas, jurutaip, pelayan pejabat dan lain-lain lagi kakitangan dalam pejabat;
(iii) Pegawai-pegawai yang menyelia;
(iv) Kakitangan rumah seperti pelayan rumah dan lain-lain kakitangan yang setaraf;
(v) Ahli-ahli Pasukan Polis dan Bomba; dan
(vi) Penjaga Rumah.
Pengecualian / layak lebih masa
15. Walau apapun perbekalan di Perintah Am 14, pegawai-pegawai yang berikut boleh dibayar bayaran lebihmasa mengikut jenis kerja yang dijalankan di dalam keadaan-keadaan berikut sahaja:
15. Walau apapun perbekalan di Perintah Am 14, pegawai-pegawai yang berikut boleh dibayar bayaran lebihmasa mengikut jenis kerja yang dijalankan di dalam keadaan-keadaan berikut sahaja:
(i) Kakitangan-kakiltangan pejabat seperti di Perintah Am 14 (ii) dalam Kumpulan-kumpulan Perkeranian dan Teknik atau Kakitangan Rendah dan Buruh Kasar yang dipanggil bertugas lebih daripada masa bekerja biasa tiap-tiap hari termasuk hari rehat mingguan dan hari kelepasan am yang melebihi 14 hari yang berturut-turut. Bayaran lebihmasa akan dibayar mulai daripada hari yang ke 15. Bayaran lebihmasa bagi 14 hari yang pertama itu boleh juga dibayar apabila Ketua Pejabat tidak dapat memberi pegawai itu cuti seperti dalam Perintah-Perintah Am Bab C bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan yang berikut dengan masa menjalankan tugas yang lebih itu.
(ii) Juruteknik (melainkan juruteknik tingkatan khas dan tertinggi), juruteknik rendah dan lain-lain pegawai yang setaraf yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan untuk mendapat bayaran lebihmasa kerana menyelia pekerja-pekerja sambilan atau buruh buruh kontrek yang lebih daripada masa bertugas biasa.
(iii) Mana-mana pegawai lain, termasuk mana-mana pegawai di dalam Perintah Am 14 dan juga juruteknik tingkatan khas dan tertinggi, yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mendapat bayaran lebih masa
Tinggal atas panggilan
16. (a) Seseorang pegawai yang berkelayakan di bawah bab ini untuk mendapat bayaran lebihmasa yang dikehendaki tinggal di atas panggilan seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatannya mengikut Perintah Am 18, boleh dibayar bayaran lebihmasa atas kadar kerja siang atau malam mengikut mana yang berkenaan tidak melebihi bayaran bagi satu jam pada tiap-tiap giliran yang ia dikehendaki tinggal di atas panggilan itu dengan syarat tuntutan ini tidak melebihi 10 jam dalam satu-satu bulan itu, iaitu tidak kira berapa banyak giliran atau jam yang ia telah dikehendaki tinggal di atas panggilan dalam bulan itu. Untuk tujuan Perintah Am ini, giliran-giliran dalam satu hari akan dianggap sebagai satu giliran sahaja. Satu hari akan dikira bermula pada jam 12 tengah malam hingga jam 12 tengah malam yang berikutnya.
Tak ada bayaran tinggal atas panggilan jika kerja lebih masa

(b) Apabila seseorang pegawai yang sedang di atas panggilan itu akhirnya dipanggil bertugas lebihmasa, maka ia boleh menerima bayaran lebihmasa seperti biasa tetapi ia tidak akan layak mendapat bayaran kerana tinggal di atas panggilan seperti di (a) bagi giliran di atas panggilan pada hari itu sekiranya tugas lebihmasa yang dijalankan itu lebih daripada satu jam. Sekiranya tugas lebihmasa yang dijalankan itu kurang daripada satu jam, maka pegawai itu adalah layak menuntut kedua-dua bayaran itu sekali.
Ketua Jabatan boleh menghendaki pegawai berkhidmat di luar masa biasa. (1).
17. Walau apapun perbekalan-perbekalan lain dalam bab ini, termasuk Perintah-Perintah Am 3 dan 10, seseorang Ketua Jabatan atau Pejabat boleh menghendaki mana-mana pegawainya bertugas di luar masa yang ditetapkan apabila pada pandangannya ini adalah untuk kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan. Ini termasuklah kehadiran di pejabat lebih awal atau tinggal di pejabat lebih lewat daripada masa-masa yang ditetapkan, atau hadir di pejabat pada hari-hari minggu atau kelepasan am.
Peraturan tunggu panggilan di rumah. (11).
18. Ketua Jabatan boleh dan akan menentukan cara-cara giliran tinggal di atas panggilan di rumah bagi pegawai-pegawai di bawah jagaannya bila tinggal di atas panggilan adalah perlu untuk kepentingan perkhidmatan atau kepentingan awam.
Permulaan dan akhir tugas. (16).
19. Di mana tempat bekerja adalah jauh daripada tempat melapurkan diri, pegawai-pegawai adalah dianggap mulai bekerja di tempat melapurkan diri dan dianggap menamatkan kerja di tempat yang sama.
Masa dalam perjalanan. (17).
20. Apabila seseorang pegawai diarahkan membuat perjalanan, maka dia hendaklah dianggap sebagai menjalankan tugas resminya. Tetapi tiap-tiap hari yang dihabiskan berjalan itu hendaklah dianggap sebagai satu had bekerja biasa yang tidak melayakan mendapat bayaran lebih masa, walaupun ini boleh memakan masa lebih daripada 8 jam. Walau bagaimanapun pegawai ini akan berkelayakan mendapat elaun makan dan lain-lain elaun seperti yang dibekalkan di dalam Perintah-Perintah Am Bab B yang berkenaan.
LAMPIRAN "A"
KADAR GANDAAN BAYARAN LEBIHMASA(P.A. 13)
Berikut ialah kadar gandaan bayaran lebihmasa mengikut jenis kerja lebihmasa.
GANDAAN BAYARAN
Waktu --------Hari Bekerja Biasa------Hari Rehat Biasa------Hari Kelepasan Am*
1. Kerja Siang ---1 ¼ kali--------1 1/4 kali-----------------------2 kali
2. Kerja malam ---1 ¼ kali --------11/4 kali------------------------2 kali
. Waktu kecemasan:
i. ada peg.bertugas--11/2 kali ------11/2 kali-----------------------1 1/2 kali
ii. lepas tamat giliran --2 kali --------2 kali ------------------------2 kali
iii. tiada peg tugas ---- 2 kali --------2 kali -------------------------2 kali
(minima dibayar 2 jam walau tak sampai 2 jam tugas)
..........
urang daripada 2 jam bagi tugas ini, walaupun tugas itu tidak sampai 2 jam.
Perintah Am Bab F
PERINTAH-PERINTAH AM Bab F : PERUBATAN
PERINTAH-PERINTAH Am yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan.
[Berkuatkuasa mulai dari 1hb Mac, 1974.]
Tafsiran
1. Dalam bab ini:
(i) "Doktor prevet" bermakna seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian berdaftar yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.
(ii) "Hospital" bermakna sebarang hospital Kerajaan dan termasuk mana-mana hospital universiti, klinik-klinik Kerajaan dan lain-lain yayasan perubatan Persekutuan.
(iii) "Keluarga pegawai" bermakna, bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan dalam bab ini tentang rawatan percuma yang boleh diberi kepada keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah "anak" akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Untuk tujuan bab ini, balu seseorang pegawai akan juga dianggap sebagai keluarga pegawai selagi ia tidak berkahwin semula.
(iv) "Lembaga Perubatan" bermakna sebarang Lembaga yang ditubuhkan mengikut Perintah Am 18.
(v) "Panel Doktor" bermakna seseorang doktor prevet yang diluluskan oleh Kerajaan untuk menjadi ahli Panel Doktor bagi tujuan mengeluarkan Sijil Sakit (seperti yang ditafsirkan dalam Bab C) yang tidak perlu ditandatangan timbal oleh seseorang pegawai perubatan sebelum boleh diterima oleh Ketua Jabatan.
(vi) "Pegawai" bermakna mana-mana pegawai atau pesara dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri.
(vii) "Pegawai Perubatan" bermakna seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia dan bagi maksud Perintah-Perintah Am 6 dan 32 termasuk seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian yang berkhidmat dengan sebarang hospital universiti atau Angkatan Tentera Malaysia.
(viii) "Perundingan" bermakna sebarang masa yang seseorang pesakit luar yang bukannya pesakit sebarang hospital atau yayasan perubatan Kerajaan dirujukkan oleh seseorang doktor prevet kepada seseorang pegawai perubatan (atau doktor pergigian jika kes pergigian) untuk mendapatkan pandangan atas kesnya itu. Bagi kes pergigian, sebarang rujukan oleh pegawai perubatan tentang seseorang pesakit yang membayar di hospitalnya kepada seorang doktor pergigian atau pakar pergigian akan dianggap sebagai perundingan juga. Apabila seseorang doktor prevet hanya meminta supaya pesakitnya dimasukkan ke dalam hospital, ini tidak akan dianggap sebagai perundingan. Sebarang keraguan tentang samada satu-satu rujukan itu boleh dianggap sebagai perundingan akan diputuskan oleh Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan, mana yang berkenaan, dan sebarang rayuan dari keputusannya itu akan diputuskan secara muktamad oleh Ketua Pengarah Kesihatan.
(ix) "Yayasan Perubatan Persekutuan" bermakna sebarang hospital atau yayasan perubatan yang diistiharkan oleh Kerajaan sebagai Yayasan Perubatan Persekutuan dari semasa ke semasa.
I. RAWATAN PERUBATAN UNTUK PEGAWAI-PEGAWAI

Rawatan Percuma di Hospital/ Klinik Pesakit Luar. (4).
2. Pegawai-pegawai dan keluarga mereka yang jatuh sakit akan mendapat rawatan, ubat dan rawatan perubatan atau pergigian yang percuma yang ada pada Kerajaan termasuklah pembekalan alat-alat otopidik dan anggota-anggota palsu tetapi tidak termasuk pembekalan gigi palsu. Rawatan-rawatan percuma ini akan diberi di hospital-hospital dan di klinik-klinik pesakit luar. Di mana ubat-ubat yang perlu untuk rawatan seseorang pegawai tidak diperolehi di dalam stor ubat Kerajaan, maka Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh mengarahkan pembelian tempatan ubat-ubat tersebut.
Rawatan di Hospital Yang Berhampiran. (9).
3. Pegawai-pegawai dan keluarga mereka hendaklah mendapatkan rawatan mereka di hospital-hospital atau klinik-klinik Kerajaan yang berhampiran dengan stesyen mereka. Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang pegawai itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun seperti dalam Bab B Perintah-perintah Am seolah-olah dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan resmi. Tetapi sekiranya pegawai itu sendiri ingin hendak mendapatkan rawatan dari seorang pegawai perubatan di tempat lain tanpa nasihat dari pegawai perubatan tempatan maka elaun-elaun seperti di atas tidak boleh dituntut.
Rawatan Prevet Bayar Sendiri. (13).
4. Seseorang pegawai yang mendapat rawatan dari seorang doktor prevet akan menanggung segala perbelanjaan bersabit dengan rawatan tersebut. Sebagai seorang pesakit kepada seseorang doktor prevet, dia juga akan dikehendaki membayar apa-apa bayaran perundingan apabila doktor tersebut memanggil seorang pegawai perubatan atau doktor pergigian untuk rundingan atas kesnya.
Bayaran Bersalin Bukan di Hospital. (15).
5. Apabila isteri kepada atau seseorang pegawai memilih untuk bersalin di tempat yang lain daripada hospital dan dia dirawati oleh seorang pegawai perubatan, maka. pegawai perubatan itu boleh mengenakan satu bayaran mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan. Bayaran sedemikian tidak akan dikenakan apabila isteri atau pegawai itu dinasihatkan untuk bersalin di rumah oleh seseorang pegawai perubatan
Pegawai perlu dapat sijil sakit
6. (a) Seseorang pegawai yang jatuh sakit dan tidak dapat hadir di pejabatnya, hendaklah mendapatkan Sijil Sakit dari pegawai perubatan atau Panel Doktor dan menghantarkan Sijil tersebut kepada Ketua Jabatannya dengan seberapa segera yang boleh.
Mendapatkan sijil sihat
(b) Seseorang pegawai yang telah diberi Sijil Sakit boleh dikehendaki oleh pegawai perubatan atau Panel Doktor mengikut budibicaranya, mendapatkan Sijil Sihat sebelum kembali bekerja.
Rawatan di luar negara
7. Apabila seseorang pegawal atau keluarganya disahkan oleh Sebuah Lembaga Perubatan sebagai memerlukan rawatan khas yang tidak diperolehi di negeri ini dan dengan syarat ada perakuan dari Ketua Pengarah Kesihatan bahawa tidak ada rawatan sedemikian pada Kerajaan, maka pegawai itu atau keluarganya boleh di timbangkan oleh sebuah Jumaah Pegawai terdiri dari Ketua Setiausaha Negara, sebagai Pengerusi, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah Kesihatan untuk dihantar keluar negeri bagi mendapatkan rawatan tersebut atas perbelanjaan Kerajaan dan jika betul-betul diperlukan, termasuk perbelanjaan seorang lain yang dikehendaki mengiringinya. Sebarang rayuan berkenaan dengan apa-apa keputusan Jumaah Pegawai ini bolehlah dikemukakan kepada Jawatankuasa Perawatan Jumaah Menteri untuk keputusan yang muktamad.
Kemudahan yang sama bagi pesara/ keluarga
8. (a) Seseorang pesara Kerajaan atau keluarganya akan berkelayakan mendapat kemudahan rawatan dan perubatan seperti seseorang pegawai Kerajaan atau keluarganya seperti yang dibekalkan dalarn bab ini.
Kelayakan bayaran wad
(b) Kelayakan seseorang pesara atau keluarganya untuk dimasukkan ke sebarang wad dalam hospital akan ditetapkan mengikut kelayakan akhir pesara sejurus sebelum bersara. Seseorang pesara itu akan dikehendaki membayar ½% daripada gaji akhirnya yang diterimanya sebelum bersara sebagai bayaran wad sehari bagi diri atau keluarganya dengan syarat bahawa bayaran maksima bagi wad mengikut kelayakannya itu tidak akan melebihi ½ daripada maksima yang ditetapkan bagi pegawai-pegawai setaraf yang sedang berkhidmat. Walau bagaimanapun seseorang pesara yang mendapat pencen tidak melebihi $180 sebulan akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad bagi diri atau keluarganya.
Kemudahan rawatan keluarga lepas pegawai mati
Kemudahan rawatan keluarga lepas pegawai mati
9. (a) Mana-mana keluarga seseorang pegawai yang telah diletakkan di atas perjawatan berpencen akan berkelayakan menerima kemudahan rawatan percuma selepas kematian pegawai itu, tidak kira samada kematian itu telah berlaku semasa pegawai itu sedang berkhidmat atau setelah ia bersara. Kelayakan menerima kemudahan rawatan ini adalah terhad kepada mereka yang tergulung dalam tafsiran "keluarga pegawai" di Perintah Am 1 (iii) itu sahaja. Ketua Jabatan akan dikehendaki mengeluarkan satu kad pengenalan untuk keluarga pegawai yang meninggal dunia semasa dalarn perkhidmatan seperti di Lampiran B.
(b) Sekiranya keluarga pegawai dimasukkan ke dalam hospital, maka mereka akan dikehendaki membayar bayaran wad sebanyak yang patut mereka bayar sekiranya pegawai itu masih hidup lagi sebagai seorang pesara.
II. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERUBATAN
II. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERUBATAN
Kuasa Pegawai Perubatan.(15).
10. (a) Walau apapun peruntukan-peruntukan lain dalam bab ini, adalah dalam bidang tanggungjawab seseorang pegawai perubatan yang sedang bertugas di mana-mana hospital untuk memasukan sesiapa sahaja ke dalam hospital apabila pada pandangannya seseorang itu memerlukan rawatan yang segera.
Kuasa Ketua Jabatan Perubatan Negeri Bagi Penyakit Merebak.(19).
(b) Adalah dalam. bidang kuasa seseorang Ketua Jabatan Perubatan Negeri untuk memasukan ke mana-mana hospital dalam Negeri itu sebarang kes penyakit merebak. Untuk tujuan Perintah Am ini, satu kes penyakit merebak ialah sebarang penyakit merebak yang telah diistiharkan oleh Menteri Kesihatan dari semasa ke semasa di dalam Warta Kerajaan sebagai penyakit merebak.
(18). a) Pegawai-pegawai perubatan adalah dikehendaki menjalankan pemeriksaan-pemeriksaan mayat apabila:
(i) diperintahkan secara bertulis oleh seseorang Majisteret; atau,
(ii) dipohon secara bertulis oleh seseorang pegawai Polis, yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.
Dimana boleh, semua mayat-mayat hendaklah dibawa ke rumah mayat untuk pemeriksaan tersebut.

(18). (b) Pemeriksaan-pemeriksaan mayat dalam kes-kes lain hendaklah dengan persetujuan waris si mati.
Melapur Kematian di Hospital.(17).
12. (a) Apabila seseorang pesakit di hospital meninggal dunia, maka pegawai perubatan yang bertugas hendaklah melapurkan kematian ini dengan serta-merta kepada saudaramara si mati yang berhampiran.
Kematian Seorang Gila.
(b) Apabila si mati itu ialah seorang yang gila, satu lapuran hendaklah juga dihantar oleh pegawai perubatan yang menjaga hospital kepada seorang Majisteret dengan menyertakan cabutan dari catitan rawatan pegawai perubatan yang bertanggungjawab tentang pesakit tersebut yang menunjukkan jenis penyakit dan lama dihidapinya sebelum kematian, dan menyatakan samada penyakit itu telah disebabkan atau bertambah buruk oleh sebab sebarang kemalangan, dan jika ada kemalangan memberi butir-butir lanjut berkenaan dengannya.
Kematian Yang Memerlukan Siasatan Mahkamah.(16).
13. Apabila seseorang pesakit dalam sesebuah hospital atau sesiapa juga pun yang sedang dirawati oleh seorang pegawai perubatan di mana-mana:
(i) mati dengan mengejut;
(ii) mati yang diakibatkan secara langsung dari satu kemalangan; atau
(iii) mati dalam keadaan-keadaan yang menimbulkan syak wasangka;
maka pegawai perubatan yang berkuasa di hospital itu atau pegawai yang merawat itu hendaklah menghantar satu lapuran dengan segera kepada pegawai Polis yang berkuasa bagi daerah Polis yang berkenaan supaya, boleh diadakan satu penyiasatan mahkamah dengan seberapa segera di atas kematian tersebut.
Membantu dalam kes prevet / Kuasa mengurang atau menghapus bayaran hospital/ambulan
14. Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh menimbangkan untuk mengurangkan atau menghapuskan bayaran-bayaran hospital seperti yang dikenakan kepada orang ramai ataupun bagi penggunaan ambulan hospital memandangkan kepada kedudukan seseorang pesakit itu. Satu penyata suku tahun tentang bayaran-bayaran yang dikurangkan atau dihapuskan hendaklah dihantar kepada Perbendaharaan dan salinannya kepada Juru Odit Negara.
15. Seseorang pegawai perubatan yang dipanggil oleh seorang doktor prevet untuk membantunya di dalam satu kes kecemasan, adalah tidak dibenarkan menerima apa-apa bayaran melainkan dari doktor prevet yang bertanggungjawab tentang kes tersebut.
Memberi pendapat/ rundingan dalam perundingan

16. (a) Seseorang pegawai perubatan yang dirundingi oleh seorang doktor prevet tentang satu kes di bawah jagaan doktor prevet itu hendaklah dalam tiap-tiap hal memberi pendapatnya serta rawatan-rawatan yang disyorkan kepada doktor prevet itu.
Kadar bayaran rundingan
(b) Bayaran perundingan yang akan di kenakan kepada doktor prevet yang memanggil pegawai perubatan itu hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Bayaran Perundingan yang boleh diterima oleh pegawai perubatan
17. (a) Seseorang pegawai perubatan yang tidak diwartakan sebagai pakar boleh menerima semua bayaran perundingan yang dibuat kepadanya oleh seseorang doktor prevet kerana telah dipanggil untuk rundingan oleh doktor tersebut. Tetapi sebarang bayaran perundingan yang sama yang telah diterima oleh seorang pegawai pakar hendaklah dimasukan sebagai hasil am Persekutuan.

Bayaran sebagai saksi biasa
(b) Pegawai perubatan yang dipanggil sebagai saksi biasa dan bukan untuk memberi keterangan pakar dalam mana-mana perbicaraan sivil, hanya akan layak mendapat perbelanjaan kerana menghadiri mahkamah dan bukan kerana bayaran pakar dari pihak yang memanggilnya.
III. LEMBAGA PERUBATAN
18. Apabila diterima permohonan-permohonan daripada mana-mana Ketua Jabatan. atau Kuasa-kuasa Tertentu seperti dalam Perintah-perintah Am Bab C atau Perintah Am 7 dalam bab ini supaya diperiksa kesihatan seseorang pegawai oleh sebuah Lembaga Perubatan, maka Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh melantik mana-mana pegawai perubatan yang difikirkannya sesuai untuk menjadi ahli-ahli Lembaga tersebut. Lazimnya, sesebuah Lembaga hendaklah mengandungi tidak kurang daripada dua orang pegawai perubatan dengan seorang daripada mereka, di mana boleh, hendaklah sebaik-baiknya ahli dalam jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pegawai tersebut. Dalam keadaan-keadaan teristimewa dan dengan persetujuan Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu yang memohon, Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh melantik seorang doktor prevet yang difikirkannya sesuai sebagai ahli Lembaga Perubatan.
Bila Lembaga Boleh Dipanggil (60).
19. Bersesuaian dengan peruntukan-peruntukan dalam Perintah-perintah Am Bab C dan dalam bab ini, Lembaga Perubatan boleh dipanggil:
(i) apabila seseorang pegawai didapati masih tiada sihat setelah menghabiskan semua cuti-cuti sakit biasanya;
(ii) apabila seorang pegawai perubatan berpendapat bahawa tiada harapan untuk pegawai menjadi sihat untuk bertugas;
(iii) apabila pada, tiap-tiap tahun dalam masa tiga tahun yang berturut-turut pegawai itu telah bercuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih;
(iv) apabila kesiuman otak atau kesihatan badan pegawai diragu-ragukan;
(v) apabila pegawai telah tercedera semasa bertugas;
(vi) apabila pegawai disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah;
(vii) apabila pegawai atau keluarganya perlu diperiksa untuk mendapatkan rawatan di luar negeri kerana tiada rawatan sedemikian di negeri ini.
Laporan Lembaga. (62).
20. Laporan mana-mana Lembaga Perubatan akan dikemukakan terus kepada Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu yang telah memohon dijalankan pemeriksaan tersebut. Laporan Lembaga Perubatan akan dikemukakan dalam bentuk seperti di Lampiran C.
IV. BAYARAN DAN PERATURAN WAD
Bayaran Wad.
(Bab c. 31).
21. (a) Sungguhpun pegawai-pegawai dan keluarga mereka boleh diberi rawatan dan ubat-ubat yang percuma di hospital-hospital atau di klinik-klinik, mereka akan dikehendaki membayar bayaran wad apabila dimasukkan ke hospital mengikut kadar-kadar dalam Lampiran A, melainkan dalam kes seperti di (b) atau bagi penyakit tibi kusta, dan barah yang adalah percuma. Di mana orangramai akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad kerana mengidap penyakit merebak, seseorang pegawai yang mengidap penyakit yang sama akan juga dikecualikan dari membayar bayaran wad.
Pengecualian Bayaran Wad Bila Sakit di Luar Ibu Pejabat.
(b) Seseorang pegawai yang jatuh sakit atau menerima kecederaan semasa menjalankan tugas resminya di luar ibu pejabatnya akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad apabila ia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital di luar ibu pejabatnya.
Bayaran Wad Sama Bagi Keluarga Pegawai.
(c) Keluarga pegawai adalah berkelayakan untuk dimasukkan ke dalam kelas wad yang sama seperti pegawai sendiri dan mereka akan dikenakan bayaran wad yang sama dengan pegawai melainkan bagi kes seperti dalam Perintah Am 24.
Pengiraan Bayaran Wad. (35).
22. (a) Bayaran wad ialah bagi satu hari yang dikira dari jam seseorang pegawai itu dimasukkan ke dalam hospital. Sebahagian hari yang melebihi 12 jam akan dikira sebagai satu hari penuh. Bagi pegawai yang tinggal di hospital lebih daripada satu hari, sebarang baki hari yang kurang daripada 12 jam tidak akan diambil kira.
Pegawai Yang Tinggal Kurang Daripada 12 Jam. (35).
(b) Walau apa pun peruntukan di (a) seseorang pegawai yang dimasukkan ke dalam hospital bagi masa yang kurang daripada 12 jam baleh dikenakan bayaran penuh bagi satu hari mengikut budibicara pegawai perubatan yang menjaga hospital berdasarkan kepada samada pegawai itu telah diberi rawatan dan makanan.
Pegawai masuk wad kelas tinggi
23. (a) Seseorang pegawai atau keluarganya yang meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi kelasnya daripada yang ia berhak, boleh dimasukkan ke dalam wad yang dipinta itu mengikut budibicara pegawai perubatan yang menjaga hospital. Pegawai atau keluarganya akan dikehendaki membayar bayaran wad seperti yang dikenakan kepada orangramai dan dia boleh dikehendaki membayar cengkeram atau mengemukakan jaminan pembayaran yang memuaskan. Walau bagaimanapun pegawai atau keluarganya itu akan terus mendapat rawatan, ubatan atau lain-lain rawatan, seperti X-ray atau pembedahan yang percuma.
Pegawai masuk wad lebih rendah
(b) Seseorang pegawai atau keluarganya yang terpaksa atau memilih untuk dirawat di dalam wad yang lebih rendah kelasnya daripada yang ia berhak akan dikehendaki membayar bayaran maksima kelas wad tersebut yang lazimnya patut dibayar oleh seseorang pegawai yang berhak yang telah mencapai tanggagaji maksima bagi wad kelas tersebut.
Murid sekolah percuma
Murid sekolah percuma
24. (a) Walau apa pun peruntukan dalam Perintah Am 21 (c), anak seseorang pegawai yang dimasukkan ke dalam hospital sebagai seorang murid sekolah seperti yang disebutkan di (c) akan dikecualikan dari sebarang bayaran hospital apabila ia dimasukkan ke dalam wad Kelas Dua dan dengan syarat ia ada mengemukakan satu surat pengenalan dari guru besarnya. Di mana pegawai berkehendakkan anaknya dirawat di dalam wad Kelas Satu, maka kadar bayaran seperti di Perintah Am 21 akan dikenakan sekiranya pegawai sememang berkelayakan untuk mendapat rawatan di Kelas Satu atau mengikut kadar untuk kanak-kanak yang bukan anak-anak pegawai sekiranya pegawai itu tidak berkelayakan bagi Kelas Satu.
Kes pergigian
Kes pergigian
(b) Bagi kes pergigian, peraturan yang sama seperti di (a) akan diikuti
Murid yang berkelayakan
(c) Untuk tujuan Perintah Am ini, murid-murid sekolah yang boleh menerima faedah seperti di atas ialah mereka yang masih belajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah tetapi tidak melebihi tingkatan lima.
Perlu mengemukakan surat pejabat
Perlu mengemukakan surat pejabat
25. Tiap-tiap pegawai yang dimasukkan ke hospital atau yang ingin mendapat rawatan di klinik-klinik Kerajaan akan dikehendaki mengemukakan satu surat dari Ketua Jabatannya yang menyatakan tentang nama, jawatan dan gajinya, beserta dengan satu perakuan dari pegawai tersebut membenarkan Ketua Jabatannya memotong gajinya bagi menjelaskan apa-apa bayaran yang dikenakan oleh Jabatan Perubatan kerana rawatan di hospital itu. Surat Ketua Jabatan hendaklah seperti dalam Lampiran D. Surat yang sama tentang butir-butir peribadi pegawai akan dikehendaki apabila keluarganya dimasukkan ke hospital.
26. Pembayaran bil-bil hospital pegawai akan dilakukan dengan pernotongan gajinya atau secara tunai. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memotong gaji seseorang pegawainya apabila dipinta berbuat sedemikian oleh Jabatan Perubatan. Bila bil-bil dikemukakan hanya apabila pegawai telah keluar dari hospital sahaja, maka pegawai perubatan yang menjaga hospital boleh, mengikut budibicaranya, menimbangkan rayuan dari pegawai yang meminta menunaikan bil-bilnya secara bulanan sekiranya pegawai tersebut dapat menunjukkan kesusahan kewangan kepadanya yang akan disebabkan oleh pembayaran sekali gus itu.
Perlantikan Sebagai Pegawai Pakar. (46).
27. (a) Ketua Pengarah Kesihatan, dengan nasihat tiga orang pegawai pakar yang dipilih olehnya atau oleh sebuah Jawatankuasa Khas Perubatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk tujuan yang sama, boleh melantik pegawai-pegawai perubatan sebagai pegawai pakar jika mereka memenuhi syarat-syarat di (b). Semua perlantikan yang sedemikian hendaklah disiarkan di dalam Warta Kerajaan.
(b) Seseorang pegawai perubatan tidak akan dilantik sebagai pegawai pakar melainkan apabila jawatan yang dipegangnya itu memerlukan penjalanan tugas-tugas pakar dan
(i) dia mempunyai kelayakan-kelayakan ilmiah atau ikhtisas yang diakui serta pengalaman-pengalaman yang memuaskan hati Ketua Pengarah Kesihatan; atau
(ii) dia telah menjalankan tugas-tugas pakar yang memuaskan bagi satu jangka masa yang panjang.
Rawatan Untuk Kakitangan Jabatan Perubatan.
28. (a) Semua pegawai-pegawai yang dilantik khas untuk perkhidmatan perubatan dan kesihatan dan yang bukan pegawai-pegawai dalam perkhidmatan gunasama seperti yang ditakrifkan dalam Bab A, Perintah-perintah Am, yang berkhidmat di dalam Jabatan Perubatan atau Kesihatan, akan dikecualikan daripada membayar apa-apa bayaran hospital melainkan bayaran bagi penggunaan ambulan. Kemudahan-kemudahan yang sama akan juga diberi kepada kakitangan-kakitangan mana-mana hospital universiti atau hospital tentera di Malaysia di hospital-hospital atau klinik-klinik Kerajaan.
Kemudahan Percuma Selepas Bersara.
(b) Kemudahan-kemudahan ini akan diteruskan kepada mereka setelah mereka bersara dengan syarat bahawa mereka telah disarakan dalam keadaan biasa atau atas syor sebuah Lembaga Perubatan. Pesara-pesara boleh dikehendaki mengemukakan bukti dari Jabatan Perubatan tentang kelayakan mereka menerima faedah di bawah Perintah Am ini.
Tiada Kemudahan Percuma Kepada Keluarga.
(c) Walau bagaimanapun, keluarga-keluarga pegawai di (a) akan terus dikenakan bayaran-bayaran hospital yang serupa dengan keluarga pegawai-pegawai Kerajaan yang lain.
Pemeriksaan Kesihatan Untuk Bekerja Dengan Kerajaan.
29. (a) Seseorang calun yang telah berjaya mendapat jawatan dalam sebarang perkhidmatan Kerajaan dan dikehendaki diperiksa kesihatannya sebelum boleh memegang jawatan tersebut, akan diperiksa kesihatannya dengan percuma di mana-mana hospital.
Pemeriksaan Kesihatan Pegawai Untuk Berkursus
(b) Seseorang pegawai yang dipilih untuk mana-mana kursus yang diluluskan oleh Kerajaan akan diperiksa kesihatannya dengan percuma apabila ini disyaratkan oleh universiti, yayasan, penganjur atau negeri tempat berkursus itu.
Pemeriksaan Kesihatan Keluarga Pegawai Untuk Belajar
(c) Mana-mana keluarga pegawai yang memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk tujuan melanjutkan pelajaran di mana-mana yayasan pelajaran akan dikenakan bayaran pemeriksaan kesihatan sebagaimana seorang awam lain mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi pemeriksaan sedemikian.
Rawatan Percuma Untuk Pelatih.
30. Seseorang pelatih yang sedang mengikuti sebarang kursus di mana-mana yayasan latihan yang dikelolakan oleh Kementerian Kesihatan, seperti di sekolah-sekolah jururawat, boleh diberi rawatan percuma serta pengecualian bayaran wad Kelas Dua apabila dimasukkan ke dalam hospital. Mereka juga boleh diberi rawatan percuma sebagai pesakit luar.
Syarat mendapat rawatan
31. (a) Setiap pegawai atau keluarganya yang ingin mendapatkan rawatan perubatan hendaklah menghadirkan diri di tempat biasa pegawai perubatan menjalankan tugas-tugasnya dan di dalam waktu-waktu bertugas yang ditetapkan. Hanya dalam kes-kes di mana seseorang pegawai atau keluarganya itu tidak dapat hadir sendiri atas sebab-sebab kesihatan atau atas sebab-sebab kesakitan yang tenat, barulah pegawai perubatan boleh dipanggil melawatnya di rumahnya. Atas budibicara pegawai perubatan sendiri, bayaran-bayaran tertentu kerana lawatan itu boleh dikenakan yang lazimnya tidak akan lebih daripada bayaran wad sehari di hospital mengikut kelayakan pegawai itu.
Mesti hadir hospital bila diarah
Mesti hadir hospital bila diarah
(b) Seseorang pegawai atau keluarganya hendaklah masuk atau hadir untuk rawatan di hospital bila diarahkan sedemikian oleh pegawai perubatan jika ia hendak terus mendapat ubat-ubat, bantuan dan rawatan perubatan.
Surat ubat
32. Ubat-ubat dan perbekalan-perbekalan ubat tidak akan dikeluarkan secara percuma atau pun secara bayaran kepada mana-mana pegawai atau keluarganya melainkan dengan dikemukakan suratubat dari seorang pegawai perubatan atau dari seorang doktor prevet. Suratubat yang dikeluarkan oleh seseorang doktor prevet hendaklah terlebih dahulu di lihat dan ditandatangani oleh seorang pegawai perubatan sebelum boleh dipenuhi. Ubat-ubat hanya akan dikeluarkan sekali sahaja bagi tiap-tiap satu suratubat, melainkan jika ada dinyatakan sebaliknya di dalam suratubat tersebut oleh pegawai perubatan atau doktor prevet.
33. Seseorang pegawai perubatan, atas budi bicaranya sendiri dan tertakluk kepada kepentingan hospital, boleh membenarkan penggunaan sesebuah ambulan untuk membawa seseorang pegawai atau keluarganya yang tiada harapan hidup lagi dari hospital ke rumahnya apabila permohonan dibuatnya sendiri atau oleh saudara maranya yang rapat. Bayaran batu perjalanan bagi penggunaan ambulan adalah seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
.................
.................
Subscribe to:
Posts (Atom)