Saturday, May 23, 2009

Perintah Am Bab D

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) PERINTAH AM BAB ‘D’ 1993 dan (PINDAAN) 2002

Kawalan Tatatertib
® Merupakan salah satu fungsi pengurusan kakitangan yang penting.
® Matlamatnya bagi membentuk sikap yang positif dan mencegah penyelewengan.
® Melahirkan kakitangan yang bermotivasi dan berdisiplin.

Perkara 144, Fasal 1 Perlambagaan persekutuan
® Satu daripada tugas SPA menjalankan kawalan tatatertib ke atas semua peringkat pegawai dalam Kumpulan A hingga Kumpulan D dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan dan boleh mengenakan semua jenis hukuman daripada ‘amaran’ sehingga kepada ‘buang kerja’.

Pindaan: Fasal (5B) Tahun 1966
® Fasal (5B) kepada Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan dalam tahun 1966; SPBYDP Agong melantik suatu Lembaga bagi menjalankan apa-apa kuasa dan tugas SPA, Malaysia selain daripada kuasa membuat perlantikan pertama bagi jawatan tetap dan berpencen.

Peraturan Lembaga Tatatertib 1972
® Selaras dengan Perkara 144(5B) itu, perubahan pelaksanaan tatatertib dibuat melalui Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, P.U.(A) 48, berkuatkuasa pada 1.1.1972 maka Lembaga-Lembaga Tatatertib telah diwujudkan seluruh negara bagi menjalankan kawalan tatatertib.

3 Dokumen Penting (Tatatertib)
® Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab ‘D’) 1980;
® Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1972, Pindaan 1979 dan Pindaan 1980; dan
® Panduan Penyelenggaraan Tindakan Tatatertib.

Peraturan Baru 1993
® Berkuatkuasa mulai 15.12.1993 dua peraturan baru telah diwartakan bagi menggantikan Perintah-Perintah Am (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab ‘D’) 1980, P.U.(A) 203/80 dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1972, P.U. (A) 48/72.

Peraturan Baru Sekarang
® Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, P.U.(A) 395/93; dan
® Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993, P.U.(A) 396/93.
® Tarikh kuatkuasa : 15.12.1993

Peraturan Terkini (Pindaan) 2002
® Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002.
® Mula berkuatkuasa pada 20 JUN 2002. (melalui WARTA KERAJAAN P.U.(A) 246 Jilid 46 Tambahan No.62 , No. 13 Perundangan (A))

Tarikh Kuatkuasa
® Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 mula berkuatkuasa pada 15 Disember 1993. {P.U. (A) 395/93}
® Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (PINDAAN) 2002 mula berkuatkuasa pada 20 JUN 2002. {P.U.(A) 246}

Pindaan Baru
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], yang disebut “Peraturan-peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2 dengan memotong sub-peraturan 2(2).

Pindaan Baru Bahagian baru IA
® “Bahagian IA” Kewajipan Mematuhi Peraturan-Peraturan
3A.(1) Seseorang pegawai hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Peraturan-Peraturan ini.
(2) Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini oleh seseorang pegawai boleh menyebabkannya dikenakan tindakan tatatertib menurut Peraturan-Peraturan ini.

® 3B.(1) Seseorang pegawai yang gagal memberi akujanji sebagaimana yang diperuntukkan dalam perintah am 23A, Perintah-Perintah Am Bab A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973, setelah dikehendaki berbuat demikian oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan atau Ketua Jabatannya, melakukan suatu pelanggaran tatatertib dan boleh dikenakan tindakan tatatertib menurut Pertaturan-Peraturan ini.

® (2) Tanpa menjejaskan subperaturan 3A(2) seseorang pegawai yang, setelah diberikan aku janji yang dirujuk dalam subperaturan (1), gagal mematuhi terma-terma aku janji itu melakukan suatu pelanggaran tatatertib dan boleh dikenakan tindakan tatatertib menurut Peraturan-Peraturan ini.

PINDAAN BARU BAHAGIAN IB
Tugas Kawalan Dan Pengawasan Tatatertib
3C. (1) Maka menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya, dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.
® (2) Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
® 3D. Maka menjadi tugas Pihak Berkuasa Tatatertib untuk memaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebaik sahaja tindakan tatatertib dimulakan terhadap seseorang pegawai dan dan juga keputusan tindakan itu setelah ia selesai.

“Bahagian II” : TATAKELAKUAN
4. (1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan.
P.A.4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh:--
(a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;
(b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya;
(c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa
(i) dia membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai pegawai awam; atau
(ii) dia telah menggunakan kedudukan
awamnya bagi faedahnya sendiri.
(d) Berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;
(e)Kurang cekap atau kurang berusaha;
(f) Tidak jujur atau tidak amanah;
(g) Tidak bertanggungjawab;
(h) Membawa atau mencuba apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-aman pegawai lain;

Tidak boleh melakukan gangguan seksual
4A.(1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai itu tidak boleh –
(a) Membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu; atau
(b) Melakukan apa-apa perbuatan bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut

(2) Sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan sesuatu perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain –
(a) Termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan, orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa lain;
(b) Tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu di tempat kerja atau dalam waktu kerja sahaja selagi perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.

“Bahagian III” : KETAKHADIRAN TANPA CUTI
23. Dalam bahagian ini “tidak hadir”, berhubung dengan seseorang pegawai, termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi perlaksanaan tugas-tugasnya.

24. Ketidakhadiran untuk bertugas oleh seseorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib.

25.(1) Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, Ketua Jabatannya hendaklah, seberapa segera yang mungkin, melaporkan hakikat itu berserta dengan tarikh-tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran itu dan apa-apa maklumat selanjutnya berkenaan dengan ketidakhadiran itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

26. (1) Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama tujuh hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan, Ketua Jabatannya hendaklah menyebabkan suatu surat diserahkan kepada pegawai itu sendiri atau dihantar melalui Pos Berdaftar Akuan Terima kepada pegawai itu dialamatnya yang akhir diketahui, mengarahkan pegawai supaya segera melaporkan diri untuk bertugas.

Peraturan 13 ~ Keterhutangan Kewangan Yang Serius
® Peraturan 13.(1)Seseorang pegawai tidak boleh boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.
® (8) Seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius jika –
(a) agregat hutang dan nilai tanggungan tidak bercagarnya pada bila-bila masa tertentu melebihi 10 kali emolumen bulanannya;

Penglibatan politik tak boleh:
Seseorang pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik setelah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

“Bahagian VI” : ~ Hukuman Tatatertib
® 38.(1) Jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu, boleh dikenakan ke atas pegawai itu;
(a) amaran;
(b) denda;
(c) lucuthak emolumen
(d) tangguh pergerakan gaji;
(e) turun gaji;
(f) turun pangkat; atau
(g) buang kerja.

Peraturan 39.(1) Denda atau Lucuthak Emolumen
® Hukuman ini hendaklah dibuat mengikut subperaturan (2), (3), (4), (5) dan (6).
® (2) Apa-apa denda yang boleh dikenakan pada mana-mana suatu masa tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi 7 hari pegawai yang berkenaan.
® (3) Jika didenda lebih daripada sekali dalam mana-mana satu bulan kalendar, agregat denda yang dikenakan bulan itu tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan 45% daripada emolumen bulanannya.

Peraturan 40.(1) ~ Tangguh pergerakan gaji
® Hukuman “tangguh pergerakan gaji” boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib bagi tempoh tiga bulan, enam bulan, sembilan bulan dan dua belas bulan.
® (2)Tarikh kuatkuasa hukuman tersebut adalah pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji yang berikutnya bagi pegawai itu selepas tarikh pengenaan hukuman itu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

Peraturan 41.(1)~ Turun Gaji
® Hukuman “turun gaji” boleh dikenakan ke atas seseorang pegawai tidak kira ia telah mencapai gaji maksimum atau tidak. Gajinya boleh diturunkan tidak melebihi tiga pergerakan gaji dalam peringkat yang sama secara mendatar. Tempoh hukuman tidak kurang daripada 12 bulan tetapi tidak melebihi 36 bulan.

Peraturan 42~ Turun Pangkat
® Bagi hukuman “turun pangkat” dinyatakan bahawa Pihakberkuasa Tatatertib boleh menurunkan gred seseorang pegawai kepada gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama. Akibat penurunan gred itu, gaji pegawai akan diletakkan di mana-mana mata gaji dalam jadual gaji dalam gred yang dia diturunkan pangkat, yang lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir yang diterima sebelum hukuman dikenakan.
(SILA RUJUK TAJUK TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB UNTUK LEBIH LANJUT)
...

No comments:

Post a Comment