Sunday, May 24, 2009

Perintah Am Bab G

PERINTAH-PERINTAH AM BAB G : WAKTU BEKERJA DAN LEBIHMASA

PERINTAH-PERINTAH Am yang berikut telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan.
Berkuatkuasa mulai dari 1hb Februari, 1974]

I. WAKTU BEKERJA PEJABAT
1. Waktu-waktu bekerja biasa yang berikut akan dipakai bagi semua pejabat iaitu:
waktu bekerja biasa.(1)
Hari Bekerja Penuh ... 8 pagi hingga 4 petang
Hari Bekerja Separuh ... 8 pagi hingga 12.45 tengahari
Rehat waktu makan
2. Pada hari-hari bekerja penuh, waktu rehat untuk makan akan diberi dari jam 12.45 tengahari hingga 2 petang.

Sembahyang jumaat
3. Pegawai-pegawai yang berugama Islam yang berkhidmat di negeri-negeri di mana Jumaat bukan hari rehat mingguan boleh dibenarkan meninggalkan tempat bekerja untuk menunaikan fardhu Jumaat mulai jam 12 tengahari.

Waktu kerja berlainan
4. Pejabat-pejabat yang memerlukan satu waktu bekerja yang berlainan daripada Perintah Am 1 dan 2 hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Patuhi waktu kerja
5. Semua pegawai, termasuk Ketua-ketua Jabatan sendiri, hendaklah mematuhi waktu-waktu bekerja dan hadir di pejabat-pejabat dalam masa yang ditetapkan. Seseorang pegawai yang hendak meninggalkan pejabatnya di waktu bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pegawai yang menjaganya sebelum berbuat demikian.

II. WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT

Kerja sehari biasa
. Apabila seseorang pegawai dikehendaki bekerja sehari biasa, maka ini akan meliputi satu masa bekerja atau giliran bekerja sebanyak lapan jam melainkan seperti dinyatakan dalam Perintah Am 7. Bila sesuatu jenis kerja itu tidak bersambung terus menerus maka waktu bekerja sehari biasa itu boleh jadi lebih daripada lapan jam tetapi tidak boleh melebihi 12 jam.

Kerja seminggu
7. Pekerjaan dalam seminggu hendaklah mengandungi enam masa bekerja atau giliran iaitu terdiri dari 5 masa bekerja sebanyak 8 jam sekali dan satu giliran sebanyak 6 jam sekali. Seseorang pegawai hendaklah diberi satu hari dalam seminggu sebagai hari rehat.

Hari mingguan mengikut agama
8. Di mana sesebuah Jabatan dikehendaki memberi perkhidmatan selama 7 hari dalam seminggu, Ketua Jabatan patutlah, bila ini dapat dilaksanakan dengan mudah dan tanpa mengganggu perkhidmatan, mengatur hari bertugas pegawai-pegawainya sebegitu cara supaya tiap-tiap pegawai itu boleh diberi hari rehat mingguannya mengikut ugamanya.

Rehat makan. (3).
9. Waktu rehat untuk makan akan diberi sebanyak satu jam semasa dalam waktu bekerja 8 jam. Waktu ini boleh juga ditambah kalau perlu atau difikirkan lebih menasabah selama 15 minit lagi dengan syarat masa bekerja juga ditambah sebanyak 15 minit lagi.

Menunaikan sembahyang Jumaat. (18).
10. Di mana seseorang pegawai yang berugama Islam tidak dapat diberi hari rehat mingguan pada hari Jumaat maka masa yang berpatutan bolehlah diberi kepadanya untuk menunaikan sembahyang Jumaat.

III. LEBIH MASA

Bila bayaran boleh dibayar.
11. Apabila seseorang pegawai yang lain daripada mereka dalam Perintah Am 14 dikehendaki bekerja lebih daripada masa bekerja biasa yang disyaratkan baginya, atau dipanggil bertugas dalam masa kecemasan maka ia boleh diberi bayaran lebihmasa mengikut kadar-kadar yang ditetapkan dan jenis tugas kerja yang dijalankan. Bayaran lebihmasa tidak boleh dibuat dalam keadaan seperti dalam Perintah Am 20.

Jenis kerja bagi lebih-masa.
12. Takrif yang berikut akan dipakai bagi menentukan jenis-jenis kerja yang boleh dibayar bayaran lebihmasa:
"Kerja Siang" bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 6 pagi hingga 10 malam.
"Kerja Malam" bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 10 malam hingga 6 pagi.
"Kerja Kecemasan" bermakna sebarang tugas yang diistiharkan oleh Ketua Jabatan sebagai tugas kecemasan yang memerlukan tenaga pekerja lebih daripada biasa. Masa seseorang pegawai sedang bertugas biasa yang diistiharkan sebagai kecemasan akan dianggap sebagai termasuk dalam kerja kecemasan. Lazimnya kerja kecemasan ini ialah bagi memulihkan semula perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan penting yang terputus atau terganggu; atau memelihara perhubungan-perhubungan atau perhkidmatan-perkhidmatan tersebut daripada terganggu atau terancam. Sesuatu kecemasan itu hendaklah dianggap berakhir bila perhubungan-perhubungan telah tersambung semula atau perkhidmatan-perkhidmatan penting telah berjalan semula; atau apabila kedua-duanya lepas daripada gangguan atau ancaman.

Kadar-kadar bayaran lebihmasa. (9A).
13. Kadar-kadar bayaran bagi kerja-kerja di Perintah Am 12 adalah dikira dengan mendarab bayaran sejam dengan gandaan bayaran seperti dalam Lampiran A. Bayaran sejam bagi seseorang pegawai adalah diperolehi dengan membahagi gaji tahunannya dengan faktor 313 x 8.

Pegawai yang tiada layak mendapat bayaran lebih masa. (5)
14. Pegawai-pegawai yang berikut adalah tidak layak untuk mendapat bayaran kerana bekerja lebihmasa:
(i) Pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas dan Kumpulan Kerja dan Separa Ikhtisas.
(ii) Kakitangan-kakitangan pejabat seperti kerani, jurutrengkas, jurutaip, pelayan pejabat dan lain-lain lagi kakitangan dalam pejabat;
(iii) Pegawai-pegawai yang menyelia;
(iv) Kakitangan rumah seperti pelayan rumah dan lain-lain kakitangan yang setaraf;
(v) Ahli-ahli Pasukan Polis dan Bomba; dan
(vi) Penjaga Rumah.
Pengecualian / layak lebih masa
15. Walau apapun perbekalan di Perintah Am 14, pegawai-pegawai yang berikut boleh dibayar bayaran lebihmasa mengikut jenis kerja yang dijalankan di dalam keadaan-keadaan berikut sahaja:

(i) Kakitangan-kakiltangan pejabat seperti di Perintah Am 14 (ii) dalam Kumpulan-kumpulan Perkeranian dan Teknik atau Kakitangan Rendah dan Buruh Kasar yang dipanggil bertugas lebih daripada masa bekerja biasa tiap-tiap hari termasuk hari rehat mingguan dan hari kelepasan am yang melebihi 14 hari yang berturut-turut. Bayaran lebihmasa akan dibayar mulai daripada hari yang ke 15. Bayaran lebihmasa bagi 14 hari yang pertama itu boleh juga dibayar apabila Ketua Pejabat tidak dapat memberi pegawai itu cuti seperti dalam Perintah-Perintah Am Bab C bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan yang berikut dengan masa menjalankan tugas yang lebih itu.

(ii) Juruteknik (melainkan juruteknik tingkatan khas dan tertinggi), juruteknik rendah dan lain-lain pegawai yang setaraf yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan untuk mendapat bayaran lebihmasa kerana menyelia pekerja-pekerja sambilan atau buruh buruh kontrek yang lebih daripada masa bertugas biasa.

(iii) Mana-mana pegawai lain, termasuk mana-mana pegawai di dalam Perintah Am 14 dan juga juruteknik tingkatan khas dan tertinggi, yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mendapat bayaran lebih masa

Tinggal atas panggilan
16. (a) Seseorang pegawai yang berkelayakan di bawah bab ini untuk mendapat bayaran lebihmasa yang dikehendaki tinggal di atas panggilan seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatannya mengikut Perintah Am 18, boleh dibayar bayaran lebihmasa atas kadar kerja siang atau malam mengikut mana yang berkenaan tidak melebihi bayaran bagi satu jam pada tiap-tiap giliran yang ia dikehendaki tinggal di atas panggilan itu dengan syarat tuntutan ini tidak melebihi 10 jam dalam satu-satu bulan itu, iaitu tidak kira berapa banyak giliran atau jam yang ia telah dikehendaki tinggal di atas panggilan dalam bulan itu. Untuk tujuan Perintah Am ini, giliran-giliran dalam satu hari akan dianggap sebagai satu giliran sahaja. Satu hari akan dikira bermula pada jam 12 tengah malam hingga jam 12 tengah malam yang berikutnya.

Tak ada bayaran tinggal atas panggilan jika kerja lebih masa
(b) Apabila seseorang pegawai yang sedang di atas panggilan itu akhirnya dipanggil bertugas lebihmasa, maka ia boleh menerima bayaran lebihmasa seperti biasa tetapi ia tidak akan layak mendapat bayaran kerana tinggal di atas panggilan seperti di (a) bagi giliran di atas panggilan pada hari itu sekiranya tugas lebihmasa yang dijalankan itu lebih daripada satu jam. Sekiranya tugas lebihmasa yang dijalankan itu kurang daripada satu jam, maka pegawai itu adalah layak menuntut kedua-dua bayaran itu sekali.

Ketua Jabatan boleh menghendaki pegawai berkhidmat di luar masa biasa. (1).
17. Walau apapun perbekalan-perbekalan lain dalam bab ini, termasuk Perintah-Perintah Am 3 dan 10, seseorang Ketua Jabatan atau Pejabat boleh menghendaki mana-mana pegawainya bertugas di luar masa yang ditetapkan apabila pada pandangannya ini adalah untuk kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan. Ini termasuklah kehadiran di pejabat lebih awal atau tinggal di pejabat lebih lewat daripada masa-masa yang ditetapkan, atau hadir di pejabat pada hari-hari minggu atau kelepasan am.

Peraturan tunggu panggilan di rumah. (11).
18. Ketua Jabatan boleh dan akan menentukan cara-cara giliran tinggal di atas panggilan di rumah bagi pegawai-pegawai di bawah jagaannya bila tinggal di atas panggilan adalah perlu untuk kepentingan perkhidmatan atau kepentingan awam.

Permulaan dan akhir tugas. (16).
19. Di mana tempat bekerja adalah jauh daripada tempat melapurkan diri, pegawai-pegawai adalah dianggap mulai bekerja di tempat melapurkan diri dan dianggap menamatkan kerja di tempat yang sama.

Masa dalam perjalanan. (17).
20. Apabila seseorang pegawai diarahkan membuat perjalanan, maka dia hendaklah dianggap sebagai menjalankan tugas resminya. Tetapi tiap-tiap hari yang dihabiskan berjalan itu hendaklah dianggap sebagai satu had bekerja biasa yang tidak melayakan mendapat bayaran lebih masa, walaupun ini boleh memakan masa lebih daripada 8 jam. Walau bagaimanapun pegawai ini akan berkelayakan mendapat elaun makan dan lain-lain elaun seperti yang dibekalkan di dalam Perintah-Perintah Am Bab B yang berkenaan.


LAMPIRAN "A"

KADAR GANDAAN BAYARAN LEBIHMASA(P.A. 13)

Berikut ialah kadar gandaan bayaran lebihmasa mengikut jenis kerja lebihmasa.

GANDAAN BAYARAN

Waktu --------Hari Bekerja Biasa------Hari Rehat Biasa------Hari Kelepasan Am*
1. Kerja Siang ---1 ¼ kali--------1 1/4 kali-----------------------2 kali

2. Kerja malam ---1 ¼ kali --------11/4 kali------------------------2 kali


. Waktu kecemasan:

i. ada peg.bertugas--11/2 kali ------11/2 kali-----------------------1 1/2 kali


ii. lepas tamat giliran --2 kali --------2 kali ------------------------2 kali


iii. tiada peg tugas ---- 2 kali --------2 kali -------------------------2 kali
(minima dibayar 2 jam walau tak sampai 2 jam tugas)

..........












urang daripada 2 jam bagi tugas ini, walaupun tugas itu tidak sampai 2 jam.

No comments:

Post a Comment